Selamat pulang Dalillah
ke sana mendahului kami
di iringi doa, pergi lah
menemui yang hak, Ilahi.
Di senja itu, pabila bertemu
ku lihat cahaya di wajahmu
begitu tenang, mencerminkan kedamaian
hati yang redha dengan ketentuan
nurani yang suci menerima jemputan
untuk pulang.
Akan terasa merentasi waktu
kehilangan sahabat ku yang satu
catitan sketsa perbandingan tiada
hanya kamu,
paling teristimewa di antara beribu!
Dalam sakit, kamu pasrah
dalam resah, senyuman mu indah
dalam lemah, kekuatan terserlah
di dalam sujud kau kirim doa
menggapai kasih
dakapan abadi
restu Ilahi.
Malam ini
Izinkan aku tangisi
hanya untuk seketika
bukan kerana kekesalan rasa
sekadar bersyukur bertuahnya diri
kerana sempat aku kenali
sebelum kau pergi tidak kembali.
Al Fatihah...
DariNya kita datang,
kepadaNya kita pulang!
Lirik dan lagu peninggalan mu ini
indah mengisi jiwa kami
Meresapi keinsafan
memberi harapan
gusar jauh terusir
terang bersinar cahaya damai!
**Suara hati Dalillah**
Salam Pp,
ReplyDeleteAl-Fatihah. Semoga rohnya sentiasa di dalam ketenangan di sana.
First time saya jumpa Allayarhamah semasa satu perjumpaan 'makcik bloggers'.. masih terbayang keceriaan dan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir ... tidak menampakkan langsung kesakitan yang dialaminya... selepas bertegur sapa dan berkenalan antara satu sama lain, ayat pertama yang keluar dari bibir Allayarhamah ialah..." ohh..inilah dia orang yang pakPayne describe pada saya suatu masa dulu...!" ...
hurm..apa ya yang pakPayne duk cerita about me tu ???
The first time I met her was at the same place Nurazzah and I met her. She was full of energy and smiles. Yup she told me the same thing "at last I get to meet you, pak payne told me about you." ahhh??? apalah yang pak payne cerita pasal saya ya... i know it must be something goodlah kan.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.
Salam.
ReplyDeleteKepada suami Allayarhamah, Saiful.
Anda adalah tulang belakangnya. Sambungkan perjuangannya, didik anak yang dua itu dengan didikan agama. agar setiap doanya dan amalan anak yang soleh boleh membantu arwah menambah bekalan di akhirat kelak.
Wassalam
Zulkifli Mohd Azizi
5 Budi SMSS 84
al-fatihah..
ReplyDeleteAl-fatihah.............
ReplyDeletesemoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di jannah yg tertinggi...ameen...
ReplyDeleteSempat ke acara solat jenazah dan persemadian allahyarhamah Dalilah di kampung Labuhan..
ReplyDeleteSempat bersalaman dengan suami allahyarhamah Dalilah dan yang saya dengar dan ingat kata kata suami allahyarhamah Dalilah kepada kebanyakan tetamu/pengunjung ialah
'' RWDAHAKAN LAH UNTUK DIA "
oops!! "REDHAKAN LAH UNTUK DIA"..
ReplyDeleteMAAF SAYA MENAIP SEMASA LAMPU DIPADAMKAN DI MENARA KLCC NI.. waktu makan ..lampu padam..