Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Monday, July 26, 2010

27th July to 9th August : In Malaysia



>>>See you soon! InshaAllah. Semua jemputan makan-makan akan di terima dengan ucapan 'Terimakasih, semoga Allah murahkan lagi rezki anda!!"<<<


>>>Will be taking the night MH flight to KL today.
Will be in Malaysia for a two weeks vacation. Dalam flight nak tidor jer...ooopps, correction, selepas makan satey, nak tidor jer.
>>>Besok tiba jer terus ada meeting! huhuhu.


Amongst the things I wish to do are...


> Makan durian, serba jenis masakan durian! hahaha. biar lah nak kentut sendawa bau durian pun...janji puas hati!


> nak gi cuti2 Malaysia bersama family, mungkin ke Sabah, Nexus resort and ascending the Mt. Kinabalu ***Bro Jamalul Kiran, I will contact you nanti, pls bagi phone number boleh!*** atau pun pack our things into a people mover and drive without destination for a few days, di mana malam di situlah cari hotel! hehehe.


> Nak makan ayam kuzi Awa...! **Jika mendapat refresher jemputan lah dari Puteri Kama hehehe**


> Nak settle semua hal ehwal hutang piutang...hohoho....fenin weh banyak hutang nih!!!


> nak juga bertemu sahabat2 STAR...errr, Yuzer dan Malekz, jangan lupa karaoke session kita! dan siapa2 lagi yang sudi lah....


> Akan ke majlis konvo anak lelaki di Universiti Malaya! Congrats Fariz....


> nak risik2 bakal menantu...untuk anak2 lah kan..al maklumlah, ramai anak2 ayah yang semua masih bujang2!


> Nak mandi hujan, jika hujan lah kan...dan jika tidak ada petir halilintar!!! oooo...best oo mandi hujan!


> Nak makan nasi kerabu, nasi dagang, dan gulai tempoyak ikan patin...~! yummeyyyy


> nak off kan blackberry ! huhuhu, ada kah boleh?


> Nak libatkan diri dalam sekurang2 satu kerja amal...huhuhu....jommm, kita ke rumah anak2 yatim atau special children home di Kuala Kubu Baru nun di sana!


> Nak pindah ke apartment baru...hohoho...best best...!!! excited tang shopping furniture and sebagainya...


> Nak itu dan nak ini....inshaAllah, semoga selamat perjalanan dan di dalam keberkatanNya selalu!


Take care all.


Pp




Sunday, July 25, 2010

Bayang bayang hitam...


Bayang bayang hitam
bukan kehendak aku, tetapi
mengekori
ke mana saja aku pergi!

Di pinggir tasek tadi
bayang bayang hitam
menari nari
setiap kali air berkocak
walaupun aku terpacak
berdiri!

Di bawah bayangan pohon nan rendang
tiada lagi bayang bayang
entah ke mana dia menghilang
di bayangan tadi, hati ku tenang!

Malam ini, di dalam kegelapan
aku memikirkan
sehingga bila harus ku lari
dari satu kenyataan
bayang bayang hitam itu
sebenarnya
sebahagian kehidupan ku ini!

me and my shadow
we walk a path so narrow
connected at our feet
at times I follow, other time I lead!

me and my shadow
inseparable,
clothed or bare
or what color I wear
my shadow stays black
but it is always there!

true or false, we are two yet one
blue or turquoise, unconditional acceptance!

Ariffin. Jeddah
25hb Julai 2010.


Tuesday, July 20, 2010

In memory of Dalillah ...


Selamat pulang Dalillah
ke sana mendahului kami
di iringi doa, pergi lah
menemui yang hak, Ilahi.

Di senja itu, pabila bertemu
ku lihat cahaya di wajahmu
begitu tenang, mencerminkan kedamaian
hati yang redha dengan ketentuan
nurani yang suci menerima jemputan
untuk pulang.

Akan terasa merentasi waktu
kehilangan sahabat ku yang satu
catitan sketsa perbandingan tiada
hanya kamu,
paling teristimewa di antara beribu!

Dalam sakit, kamu pasrah
dalam resah, senyuman mu indah
dalam lemah, kekuatan terserlah
di dalam sujud kau kirim doa
menggapai kasih
dakapan abadi
restu Ilahi.

Malam ini
Izinkan aku tangisi
hanya untuk seketika
bukan kerana kekesalan rasa
sekadar bersyukur bertuahnya diri
kerana sempat aku kenali
sebelum kau pergi tidak kembali.

Al Fatihah...
DariNya kita datang,
kepadaNya kita pulang!

Lirik dan lagu peninggalan mu ini
indah mengisi jiwa kami
Meresapi keinsafan
memberi harapan
gusar jauh terusir
terang bersinar cahaya damai!



**Suara hati Dalillah**

Sunday, July 18, 2010

Cerpen: Persatuan Murid Tua - SEHALOBA

SEHALOBA stands for Sekolah Haloba old Boy Association. The school was founded by Pak Rahman, a village headman who cared for the development of 'kampung kids'. Pak Rahman had a vision! After seeing how the rich had got richer in the nearby cities, he was determined to teach the 'kampung kids' on how to become rich!

"Greed, is the key!" said Pak Rahman!
"Ala Pak, tak usah lah cakap orang putih dengan kami, Apa ka benda nya 'Greed' tuh!" tanya Wak Jilan.
"Greed tu Haloba lah wak! Tamak haloba, kasi seposen nak seringgit!" Replied Pak Rahman impatiently.

A site was identified in a valley where the Japanese army used to bring their prisoners for final execution. It was the only piece of land available which has not yet been taken by greedy towkeys from the nearby town.

That was more than fifty years ago, in fact when the country was on the verge of celebrating independence.
Today, it has been declared as one of the most successful schools in the country which have produced some of the most rich or famous or both. It has also earned a reputation as the most depilated school, notwithstanding the accumulated amount of wealth which the alumni of the school had gathered from their successes!

"What has happened to this school?" The Deputy District Education Officer was asked to explain by the Officer from Kuala Lumpur who had visited for an inspection.
"We have not been receiving any budget from the Ministry!" The Deputy Officer jumped in with an answer.
"Don't give excuses. What had happened to the school old boys? I heard so many of them had become Datuks, Tan Sri and many had also become successful CEOs!" Retorted the officer from KL.
"With all due respect sir, this school had bred some of the most greedy people in the country, if not the world!" Said the Deputy Officer, uncertain to be proud or ashamed.
"Why do you say that?" The officer from KL wanted details, which he had hoped to include into a report to impress his boss. If fact his visit was prompted by an up coming opportunity to be promoted due to the retirement of his boss in a few months time.

The Deputy officer hesitated, but only momentarily. He then gathered enough courage to share his observation.

"Those old boys visited often, bringing all sort of gifts like tempoyak, belacan, and some cheap stuff. They took pictures of themselves presenting those gift and published them in their own blogs or FB to get cheap publicities!"

The KL Officer's face turned red! He too was one of the alumni, and in fact was one of the prefects when he was in his form five. Just a few months back, he had done exactly as had been described by the deputy officer.

"Mengata aku lah tu!" Whispered his inner conscience. Just for a split second he forgot that he actually didn't have any conscience. Afterall, for many years he had been known as the " OKB, which stands for Orang Kaya Bakhil!"

The deputy officer pressed on, "Oh by the way sir, I think we should re-elect the committee members of SEHALOBA!"

"Why?" The KL officer was getting paranoid thinking another sarcasm was coming out from the deputy officer's mouth.

"The current one are too old, too lazy, and too greedy!" He said, by then encouraged to speak up from his heart.

"Well...you should expect them to behave like that! Afterall, they are the old boys of SEHALOBA!" Said the the KL officer who was certain by then that the deputy officer didn't know he was an alumni.

"I know, I was one of them too, but I have contributed and donated not like the others!" Said the deputy officer, as a matter of fact.

"You were! Which batch?" Asked the officer from KL, amused!

"Batch 73!" Said the Deputy Officer, a little embarrassed at having to reveal his age.

"What did you say your name again?" Asked the KL officer, barely able to hide his excitement.

"Shamsudin, but at school I was called Sapu-din because I used to stay back in the dining hall after meals to collect left overs!" The deputy officer had a chuckled, reminiscing his past.

"Laa! Hang Sapu-din dulu tu ka! Awat tak habaq! Dah botak sakan hang la nih naa! Aku dulu depa panggil Timun, sebab dulu aku bulat!" Said the YB, with a bellowing laughter.

They bear hugged, slapped each other's shoulder, pulled back and gave a high-5!

"Laa, hang jadi Tuan Besar naa!!! Sumpah aku tak kenai...awat hang dah kughuih!!" Said Sapu-din dropping any trace of formality.

"Aku tak makan....simpan duit! hahaha...Pak Rahman tu dulu kata nak kaya kena simpan duit!! Hahahaha" Timun gave an even louder laughter, then asked, "Hang dok sapu kat mana pulak laa nih?"

Sapu-din moved closer to Timun, and whispered, "Hang nak tau? Aku lah yang dok sapu duit dana persatuan SEHALOBA tu! hahaha"

They rolled on their back on the grass of the school, the same spot they used to do rugby tackles over thirty years ago!

"Caya lah hang Sapu-din!!!" Timun said with envy.

"Apa kata aku lantik hang jadi President SEHALOBA! Kita sama2 sapu!!" Suggested Sapu-din.

They sat up, faced each other and started a serious discussion of strategy for the next SEHALOBA AGM!

***This story is the creation of the writer and has no relation or link to any individual or association in real life***

Friday, July 16, 2010

Barang Naik!

Sudin mengayuh basikal dengan laju. Hampir dia terlanggar ketulan tahi lembu kering di tengah-tengah jalan berdebu menuju ke kedai runcit Pak Wel.
Mulut Sudin berkumat kumit mengulangi senarai barang-barang yang di pesan ibunya.

"Gula, Susu, Milo, Nescafe, Sardin, Biskut, Telor! " Ulang Sudin.
Selang beberapa minit dia mengulangi lagi, "Susu, Milo, Nescafe, Telor, Sardin, Gula, Biskut!"
Dia tersenyum sendiri kerana masih mengingati semua barang-barang tadi.

Ketibaan Pak Ngah dari Pekan pagi tadi membuat ibu Sudin memanggil nya pulang dengan segera dari sungai! Waktu itu Sudin baru saja mula mengail, dan baru tiga ekur ikan puyu dapat di kailnya.

"Ibu nak kamu ke kedai sekaran
g juga. Kita tak der apa-apa nak bagi makan kepada Pak Ngah kamu tu" Bisik ibu Sudin. Geli terasa nafas ibunya menghembus ke telinga. Dia mengangguk-angguk. Di dalam hatinya terfikir juga, kenapa pula untuk Pak Ngah ibunya bersusah payah membeli semua tu sedangkan di rumah mereka tak pernah pun ada susu, milo, biskut atau nescafe. Jika nak minum pun, sekadar teh serbuk di rendam air panas dan di masukka gula. Kali terahir Sudin sendiri meminum milo ialah enam bulan dahulu apabila ada minuman milo percuma di agihkan di sekolahnya.
"Ini pemberian kerajaran untuk anak-anak melayu, supaya kamu semua sihat dan kuat!" Begitulah Guru besar, Haji Abdul memberi ucapan sebelum semua murid-murid di beri kan sekotak milo.

Sudin masih ingat, dia mengambil kotak itu dan menyedut air milo perlahan-lahan sambil matanya mencuri pandang ke arah kawan-kawan nya yang lain. Mereka semua terdiam, menikmati sekotak milo, satu m
inunam yang masih asing kepada anak anak petani di kampung Tembusu.

Sudin melipatkan lengan sambil memicit otot-otot bicep! Dia tersenyum sendirian, "Yeah, sihat dan kuat!" kata Sudin di dalam hati mempercayai dia kini boleh menandingi kekuatan Badang!

Semakin hampir ke kedai Pak Wel, semakin bersemangat Sudin. Milo! Memikirkan dia akan dapat meminum milo lagi, meembuat hatinya melonjak lonjak kegembiraan.

"Pak Wel, mak nak telor lima biji, nescafe satu paket, sardin tiga tin, biskut satu kilo, gula setengah kilo, errmm...ada dua lagi saya lupa!"
Pak Wel tersengeh-sengeh melihat telatah Sudin menggaru kepala.
"Wah ibu kamu belanja besar, siapa yang datang!" tanya Pak Wel.
"Pak Ngah dari Pekan yang datang tadi!" Jawap Sudin, kini menggaru pula ketiak nya.
"Oh, kenapa Pak Ngah kamu datang?" Tanya Pak Wel, sambil menimbang biskut kering.
"Tak tahu lah saya, tapi nampak macam Pak Ngah sugul!' Jawap Sudin.

Pak Wel mengenali sangat bapa saudara Si Sudin yang di panggil Pak Ngah itu! Abang sulung kepada ibu Sudin yang berhijrah ke Pekan dan bekerja sebagai peraih ikan di Pekan Kuala Krai!
Setahu Pak Wel, setiap kali Pak Ngah datang ada saja masaalah yang di bawa bersama. Setahun dulu dia datang kerana ingin meminjam duit dari ibu Sudin, yang terpaksa meminjam dari Pak Wel untuk membantu abang sulungnya. Pak Ngah kehilangan pelanggan apabila dia bergiat berkempen dalam pilihan raya kecil di Manek Urai untuk parti BN!
Selepas itu, setahun Pak Ngah menghilang.
Kali ini, Pak Wel berharap kehadiran Pak Ngah ialah untuk membayar hutang, dapat lah juga dia menerima bayaran dari ibu Sudin!

"Kamu dah ingatkah apa dua barang tadi tu?" Tanya Pak Wel kepada Sudin.
"Gula, tapi satu lagi saya lupa!" Jawap Sudin.

"Kamu pulang lah dulu, jika ingat nanti datang lagi!" Jawap Pak Wel.

Sudin menghulur duit kepada Pak Wel, membuat bayaran.
Duit lusuh dari lipatan kilas kain pelikatnya di sambut Pak Wel, terseyum dan berkata dengan perlahan, "Sudin cakap dengan ibu, sekarang dah BN, sama lah dengan parti Pak Ngah tu!"
Sudin menggaru kepala lagi! "Apa tu Pak Wel, saya tak faham!"

"Ibu kamu faham. Cakap saja, ada lagi lima riyal dia kena tambah bayar!"

"BN tu apa?" Sudin masih tak puas hati.

"Barang Naik lah!" Pak Wel tersengeh-sengeh. Dia menjeling ke arah tiang bendera di depan kedai runcitnya. Bendera hijau putih berkibar di tiup angin.
Semakin ramai pelanggannya yang datang mencurahkan perasaan naik angin masing2 sejak kenaikan harga barang-barang, namun setiap kali itu lah mereka memuji bendera Pak Wel.

"Kalu PAS tak jadi begini!" Kata mereka sambil merenung bendera yang berkibar!

Setiap kali, Pak Wel hanya tersengeh dan terus menyedut rokok daun.

Separuh jalan menuju ke rumahnya, Sudin teringat kembali barang tadi yang dia terlupa, 'MILO!" Jeritnya, sambil membuat u-turn ke arah kedai Pak Wel. Tiba-tiba, dia merungut, "Ish, tak cukup duit, buat malu saja, aku balek saja lah!" dan membuat u-turn sekali lagi.

"Pongggggggggg!!!!!"

Ketika itu juga sebuah van hijau yang tidak menduga basikal kanak-kanak tadi akan membuat u-turn di tengah-tengah jalan terpaksa membuat lencungan cemas untuk mengelak dari melanggar. Van tadi terlanggar batas tali-air dan terbabas dan terbalik. tercampak keluar, berkotak-kotak paket hijau milo!
Sudin cemas, tetapi matanya tajam memerhati paket paket milo! Air liur nya meleleh.
"Sihat dan Kuat!" bisiknya.

Dari kabin pemandu keluar lelaki separuh usia.
"Kamu tak apa2" tanya lelaki itu.

"Saya sihat dan kuat!" Jawap Sudin.

Pakcik pemandu tersenyum, menggamit Sudin ke arahnya.

"Kamu ambil seberapa banyak kamu mahu! Ambil lah!"

Sudin membuka T shirt yang di pakainya dan menggalas seberapa banyak paket-paket milo yang dapat di kendungnya.
Pak cik pemandu tersenyum, "Kamu tinggal di mana? jauh ka?"
"Dekat saja" Jawap Sudin sambil menuding jari ke arah rumahnya di hujung jalan berdebu.

"Kamu pulang dulu, ambil bakul dan datang lagi, pak cik tunggu!"

"Datang lagi? ambil milo?" Tanya Sudin, suaranya excited.

"Aha ambil milo! supaya kamu jadi sihat dan kuat sokmo!" Kata Pak Cik pemandu.

Sudin memecut laju ke rumahnya!

Saturday, July 3, 2010

Di depan Kaabah Mu aku melihat jari-jari kaki anak ku~!



Sudah lama kami tidak berdiri sebaris seperti waktu solat Maghrib semalam. Luqman berdiri di sebelah kanan, dan Haziq di sebelah kiri aku di dalam saf berhimpit padat di bawah bayangan pintu Kaabah. Kami baru selesai tawaf, dan berkesempatan solat sunat tawaf dan terus menunggu solat Maghrib. Beratus ribu umat Islam mengelilingi Kaabah, mencari restu dan rahmat, memohon keampunan. Kami bertiga di antara ribuan itu. Adlil, Fariz dan isteri ku Aishah terpecah dari kumpulan kami dan alhamdullillah sudah juga selesai tawaf dan sudah pun menuju ke Bukit Safa untuk memula kan Saei. Begitulah yang telah di maklumkan oleh isteri menerusi sms kepada aku.

Berdiri di depan Kaabah, bersebelahan dengan anak-anak, bersama rukuk dan sujud kepada Nya. Shahdu! Ketika rukuk ketiga itulah aku terlihat jari-jari kaki Luqman dan Haziq, dan berdetik di hati ku, "Sungguh Agung Kebesaran Allah!". Jari-jari kaki anak-anak aku saling tak tumpah seperti jari jari kaki ku, renggang dan bengkuk yang sama, panjang dan pendek yang serupa. Allah jadikan jari jari kaki mereka seperti jari jari kaki aku sendiri. Itu yang dapat aku lihat, secara zahirnya. Bagaimana dengan yang tidak nyata di mata, adakah juga ada persamaannya? Adakah mereka juga sensitif dan perceptif seperti aku? Adakah mereka juga banyak kekurangan seperti bapa mereka? Aku harus lebih memahami...harus lebih prihatin naluri mereka. Apa yang tidak dapat di lihat mungkin lebih perlu di mengerti dan di fahami!

"Ayah doa minta apa?" Tanya Luqman setelah melihat aku menitiskan airmata ketika menadah tangan memohon doa.
"Minta kita selamat dunia dan ahirat!" Jawap aku dan terus membisikkan, "Rabbana Ateena Fidunya hasanato wa fil akhiraati hasanato wa keena athabannaar"

Spontan, Luqman menadah tangan dan mengulangi doa tadi. Aku lihat dia terkumat kamit membisikkan doa nya sendiri, yang hanya dia dan Penciptanya mengetahui.

"Luqman doa apa?" Aku pula bertanya.

"Supaya kita dapat ke sini, dan macam ni lagi!" Jawapnya.

Aku sebak, menahan airmata, dan dengan senyuman mengusap rambutnya.
"InshAAllah....~!"

Sekali lagi aku menjeling ke arah jari2 kaki Luqman, Haziq dan kemudian jari2 aku sendiri.
"

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)


This morning I saw a posting by Luqman in his blog. He has written his rhyming poem about the Umrah! Read about it here.

Friday, July 2, 2010

Career: Cemerlang di Tanah Arab!

Malaysian professionals overseas are respected and recognized for our professionalism, work ethics and team play. The Arabs tend to focus on emotional aspects and they describe Malaysians as Trustworthy, Smart, Nice people! Those words are loaded with praise.

For the Arabs, to be able to trust is to be able to accept the expat professional as one of his brothers. In the Arab world, this is the ultimate recognition. Towards his trusted 'brother', an Arab boss is less likely to heed to poisonous jabs from back-stabbers who will try their hardest in most subtle and blatant of ways to bring down anyone deemed to be trusted by the boss. In the Arab world, where positions in offices and businesses are held by expats, back stabbing and negative office politics are rampant. Be aware and Beware!
Once trusted, business dealings can be a smooth sailing. The 'trusted relationship' can ride any occasional rough weather with amicable discussions and heart to heart talk. One point of caution though, even as a trusted partner / colleague, never disagree directly with an Arab boss in public. Always find the privacy of his office for conversation about differences in points of views. You may disagree indirectly, by diplomatically and politely directing your disagreement to someone else who may share the boss's view point, looking at that person rather than the boss. Always be polite, even in disagreement. By all means be assertive but remain polite!

Most Arabs think the Westerners, in general, are smart. It matter not that a European guy maybe a plumber in his own country, he can be hired as a Technical Director in an Arab business. Most Arabs also think, in general, that Asians are only good workers and not good managers. Malaysians, however, are an exemption to this general perception. The Arabs recognize Malaysians' ability to lead, manage, and get things done! When Malaysians ably argue points of views with the Europeans, they receive immediate respect and recognition from an Arab boss. Another factor which influence Arabs' perception positively about Malaysians as smart professionals is the fact that unlike Indonesia, Philippines, India, and other country in Asia, Malaysians who work in the Arab world are mainly professionals and specialists rather than laborers and general workers. An Arab boss value someone he can trust to solve interpersonal issues for him. Malaysians generally, perhaps due to our multi-ethnic society which has equipped us with high degree of empathy, tolerance and perception, are naturally good at managing inter-personal relationship. A gift much appreciated in this part of the world.

Arabs generally are very nice people. They are extra nice to visitors to their homes, and compassionate towards foreigners especially to fellow Muslims. They do not like confrontation, and place high value to 'saving face' and display of respect, especially for visitors, and towards ladies and the elderly. These characteristics are very similar to Malaysians'. There are a few other significant factors which place Malaysians in good light.
- Tun Dr. Mahathir's outspoken anti-Western supremacy endeared the Arabs not only towards Tun, but also towards Malaysians in general.
- The disciplined and courteous way Malaysians conduct themselves during Haj and Umrah pilgrimage stood out as the best, from amongst the millions of visitors from all over the globe.
Often, once an Arab finds out that so-and-so is a Malaysian, his face will light up, and his thumb comes up and accompanied by an exclamation, "Malaysia bagus!"

For a long time to come yet, the Arab world will continue to offer job and career opportunities for foreign talents. With such positive and favorable reputation and branding that the Malaysians enjoy, we should exploit these opportunities. Be it in the field of Oil & Gas, Engineering & Construction, IT, Finance, HR, Nursing and Medical, Malaysians professionals and specialists who wish to explore outside of Malaysia border should venture into the Arab world.

Besides financial rewards which can be very attractive and free of tax, there are the attraction of close proximity to Mecca and Medina for the Muslim Malaysians. As indications; an engineer with about ten years experience can expect a gross total cash package of about SAR20k to SAR30k per month. A manager of a department can expect about SAR50k plus. An accountant with professional qualification can earn up to SAR50k per month. A qualified nurse enjoys about SAR 8 to 10k per month plus benefits such as free housing and transportation.

The writer is a HR Professional and currently a Director with a Saudi Company, and is based in Jeddah. He may be contacted via ariffin007@gmail.com.

Baru saya tahu...~!

Hukum Bertepuk Tangan

Pertanyaan:

Apa hukum bertepuk tangan bagi laki-laki pada momen tertentu dan pertemuan-pertemuan ?

Jawab:

Bertepuk tangan dalam pertemuan-pertemuan merupakan perbuatan jahiliah. Pendapat yang paling ringan menyatakan hukumnya makruh. Dan yang lebih nyata dari dalil-dalil yang ada adalah bahwa hal itu haram, karena kaum muslimin dilarang menyerupai orang-orang kafir. Sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menyebutkan sifat orang kafir penduduk Makkah:

وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

Shalat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” (Al-Anfal: 35)

Para ulama berkata: الْـمُكَاءُ adalah siulan sedangkan التَّصْدِيَةُ adalah tepuk tangan. Dan yang sunnah bagi seorang mukmin ketika melihat atau mendengar sesuatu yang mengagumkan atau yang dia ingkari adalah mengucapkan Subhanallah (Maha Suci Allah) atau Allahu Akbar (Allah Maha Besar), sebagaimana hal ini shahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak hadits.

Dan disyariatkan tepuk tangan khusus bagi wanita ketika mereka mengingatkan sesuatu dalam shalat, atau ketika mereka shalat bersama laki-laki dan imamnya lupa. Ketika itu disyariatkan bagi wanita untuk mengingatkan dengan tepukan tangan. Adapun laki-laki mengingatkan imam dengan tasbih (ucapan Subhanallah) sebagaimana hal ini shahih dari Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari sini diketahui bahwa tepuk tangan bagi lelaki adalah perbuatan menyerupai orang kafir dan wanita. Keduanya merupakan hal yang dilarang bagi kaum lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang memberi taufiq.

(Disebarkan dalam Fatawa beliau pada kolom Is`alu Ahla Adz-Dzikr yang beliau keluarkan dalam majalah bulanan Al-Arabiyyah, diambil dari Fatawa wa Maqalat Ibn Baz, jilid 6)