Sudah tiga bulan Hajah Hajar mengikuti suami nya Haji Leman ke Dubai. Dia lebih di kenali sebagai Kak Hajah di kalangan rakan2, tetapi suaminya memanggil nya Mak Aji. Itu pun setelah musim panas bertukar kepada musim dingin, dan Haji Leman tak tahan menggigil keseorangan lagi seperti yang dia alami setahun yang lalu. Musim dingin tahun lalu merupakan tahun pertama Haji Leman berjauhan dari isteri dan anak2. Demi mencari rezki, dia tiba di Dubai dengan semangat berkobar-kobar. Pada mula nya memang lah dia happy. Tersenyum-senyum jer dia dengan kebebasan yang ada, senang ke sana ke sini, tanpa Mak Aji mengikuti. Jika dulu-dulu, Mak Aji selalu segan nak masuk Cafe seperti Starbuck dengan alasan, "Ish, kita dah tua la bang...balik rumah saya buatkan kopi bergelen2 tak semahal tu pun!" Di Dubai, Haji Leman, pantang melintas mesti masuk singgah meneguk kopi panas dan sehiris cheese cake!
Tetapi bila musim dingin tiba setahun yang lalu, Haji Leman betul2 rindukan Mak Ajinya. Pernah dia mengadu, "Mana tahan, asyik tidur berpelukkan bantal jer....sejuklah!"
Mendengar itu, Mak Aji senyum puas hati, "Eh rindu juga dia kat aku ye...lega~!"
Setelah tiga bulan, Mak Aji mula terasa bosan terkurung di rumah sementara menunggu suaminya pulang dari kerja.
"Bang Aji, saya boring lah asyek terperuk di rumah jer! Carikan lah pemandu bang!" di suatu malam Hajah Hajar membuka tajuk baru. Haji Leman tidak terus menjawap. Di dalam kepala nya mencongak-congak pelaburan yang perlu! "Beginilah, saya rasa awak ambil jer lesen memandu, lagi bebas awak nak kemana-mana!" Haji Leman, sebagai seorang akauntan memang cekap mencongak. Jumlah gaji pemandu 2500 Dirham sebulan, dan bukan senang nak cari pemandu yang boleh di percayai.
"Ala Bang Aji, kak Asiah tu tak yah pun ambil lesen memandu, dah tiga tahun dia di sini suami dia sediakan pemandu!" Kata Hajah Hajar sambil membuka sebiji lagi chestnut yang baru di bakar untuk Haji Leman. Dia tahu, abang Haji akan naik tahap tenaganya jika memakan chestnut bakar sebelum tidor. Taktik yang menjadi!
Darah mengalir deras dan panas di dalam urat saraf Haji Leman. Kesan chestnut naik ke kepala, turun ke dada, dan terus ke kaki dan segala tempat yang sewaktu dengannya. Bertenaga! Haji Leman menyambut chestnut, memasukkan ke dalam mulutnya, tersenyum dan berkata, "Suami Asiah tu tak sayang bini dia macam saya sayang awak. Saya tak suka la awak dalam kereta dengan lelaki lain, saya cemburu, sebab sayang!" Wah, Haji Leman seronok sungguh sebab mendapat idea untuk meyakinkan Hajah Hajar.
"Ye ka abang sayang saya!" Hajah Hajar merapatkan kerusi dan mengeyit mata kepada Haji Leman. Dia meleraikan rambutnya dari sanggul dan teringatkan lagu, "Take the ribbon from my hair...Let it fall and shake it loose...!"
Haji Leman panik. "Ah, tunggu la dulu. Badan saya masih panas ni!"
"Panas la best!" renget Hajah Hajar.
"Begitulah ceritanya bagaimana Haji Leman perdaya akak untuk mengambil lesen ni!!" Hajah Hajar menceritakan kepada Asiah dan rakan2 yang berkumpul untuk acara masak memasak. Cuma apa yang terjadi setelah mereka makan-makan chestnut itu tidak di ceritakan. Rakan2 Hajah Hajar cuba kontrol dari ketawa, tetapi tidak berjaya. Mereka tidak ketawa ber hahahaha, sebaliknya ketawa ber hihihihi, bagaikan mak dara ketawa secara sopan santun. Puan Zeta mengusik, "Ala Kak Hajah nanti minta la Abang Haji belikan BMW Z3 tu , berbaloi kak!" "Memang akak dah minta dah, kamu tahu apa abang haji kamu tu cakap," Hajah Hajar berhenti sekejap sambil memerhati wajah kawan2 nya, kemudian menyambung, "Dia kata, Mak Aji cari lah di airport sana banyak kereta yang orang tinggalkan. Dah jumpa nanti beritahu saya, kita pergi ambil ya!"
Hahahaha! Semua ketawa. Kali ini terlupa kontrol vogue. Hampir bersembur inti karipap dari mulut masing-masing.
Di Dubai, sebelum ambil lesen kena ambil lessons dulu. Sudah 60 jam dia belajar! Sudah 3 kali tests. Masih gagal. Padahal sudah 17 tahun dia memandu di Malaysia. "Saya gugup ni, next week ada driving test kali ke empat!!" kata Hajah Hajar kepada Azman, suami Asiah apabila secara kebetulan mereka bertemu di pasaraya Lulu di Al Barsha. Asiah terus mendampingi Hajah Hajar, sambil berkata, "Jangan risau kak Hajah. Kali ini jika gagal juga kami sign petition minta Haji Leman ambil pemandu dari Bollywood untuk akak!" Memang rakan-rakan Hajah Hajar tahu dia meminati filem Hindi! Azman bergurau, "Alaa Hajah, minta jer abang Haji jampi kan bagi kuat semangat!"
"Abang ni bergurau pulak. Azman memang macam tu kak, abaikan saja!" kata Asiah.
"Saya memang dari dulu nak ambil pemandu. Pemandu u all tu masih ok ka?" tanya Hajah Hajar.
"Oh dia sudah tak kerja, tercedera parah dari kemalangan! Rupa2nya dia menggunakan lesen terbang kak!!" jawap Asiah, kemudian dia menyambung, "Saya lagi suka tak ada pemandu. Kemana-mana pun ada personal chauffeur! Bukan setakat memandu..."
Tak sempat Asiah menghabiskan ayat, si Azman menyampuk, "....menolak troli, membayar di kaunter, dan membimbit barang2 ni nanti hah!"
"Tak per tu Azman...buat baik kepada isteri di waktu siang, ada balasan yang baik juga di malam nanti!" gurau dari Hajah Hajr pula.
"Eh, macam mana nak dapatkan lesen terbang tu?" tanya Hajah Hajar sebelum beredar.
"Tak de kak, dia memang ada lesen betul. Tapi satu hari tu dia bawa kereta punya lah laju, kereta tu terbang dan langgar pokok kurma di tepi jalan. Nasib baik bukan kereta kami masa tu!"
"Loorrrrr. Ingatkan macam di Malaysia, boleh kaotim!" kecewa jer nada suara Hajah Hajar.
"Akak, kaotim jer dengan Abang Haji tu...insist for the pemandu!" Asiah masukkan jarum lagi.
"Bagaimana?" tanya Hajah Hajar. Asiah menarik Hajah Hajah ke tepi aisle, jauh sedikit dari Azman. "Begini kak. Musim sejuk baru jer bermula. Akak cakap, jika tak der pemandu, akak nak pulang ke Malaysia! Mana tahan dia bersejuk sorang2 lagi!!"
"Nanti jika dia suruh akak pulang, putih mata lah akak!" jawap Hajah Hajar.
"Putih mata, kenapa kak?" tanya Asiah.
"Isk, Asiah ni macam la tak faham. Musim sejuk ni best bersama suami! Setiap malam makan chestnut bakar, panas-panas!" Tersipu-sipu Hajah. Asiah juga tersipu-sipu. "Ye ka! Saya pun nak cari chestnut juga la kak!"
"Eh, tak yah cari di supermarket lah....either you have it or you don't!"
Hahahaha! mereka kedua ketawa.
Azman terkebil-kebil. Dia tidak mendengar apa yang mereka bual kan.
"Guud luck untuk dapatkan lesen!" kata Azman sebelum mereka berpisah.
"Enjoy the chestnut kak, don't worry about the driving test tu!!!" Asiah menyelit!
"Jangan lupa beli chestnut tu, biar bertambah selera si Azman tu!" Hajah mengeyit mata.
Mereka bersalaman, 'hug and kiss' cara the Arab dan pergi dengan hala dan impian masing2.
Asiah menarik tangan Azman menuju ke arah sudut di mana chestnuts di jual!
"10 kilo please!" katanya kepada penjual!