Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, July 27, 2008

Salah siapa?

"Cantiknya biru...." tegur gadis.
"Cantik lagi ungu...." bisik teruna.
"Saya suka kamu...." Sambung teruna.
"I like you too...." reaksi gadis.

"Nak ka?" tanya gadis.
"Nak bagi ka?" tanya teruna.
"Jika awak nak, saya bagi la..." kata gadis.
"Jika awak bagi, saya nak la..." Kata teruna.

Perempuan dan lelaki itu kemudiannya resah dalam penyesalan.

Yang memberi menuntut janji
Menggigit jari
Lukisan teratai di kanvas tercemar
Kerana rakus nafsu sebentar
Biru dan ungu, terus kelabu
Meniti perjalanan kelikir berdebu

Soalannya: Salah siapa.....?

Jawapannya: ibu dan bapa!

**Semoga anak anak kita tidak begitu!!**