Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Friday, August 5, 2011

"Wahai hati...berjanji lah~!"


Malam tadi aku menyebut dengan hati
airmata keinsafan membasahi pipi
lalu aku bersaksi sekali lagi
"Tiada Tuhan Melainkan Allah,
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Wahai hati ku yang sering terlupa
pegang lah kepada janji
jangan lagi walau pun sedetik di mungkiri
berhambalah kamu kepada Nya
Iqra', bacalah
serta hayatilah surah Al Asr
supaya kamu tidak lagi kerugian
sedangkan sudah lengkap pedoman
Maha Suci Al Quran
Hadith sahih sebagai panduan!

Ya Allah, Ya Rabbi
di bawah bayangan kaabah Mu aku memohon
sepuluh jari tersusun, hati meruntun
aku sungguh kerdil dan kecil
aku lah insan paling mengharap
dan bersyukur dengan segala Rahmat
semoga zuriat2 ku dewasa di dalam iman
menjadi anak2 soleh meneruskan kehidupan
semoga aku bertemu nanti
anak2 dan isteri di Syurga Khuldi
dan jadikan lah hati kami beristiqamah
hidup kami biar lah di dalam ibadah
mati kami supaya di dalam keimanan
walaupun sesungguhnya,
kami sering tewas di goda Syaitan!

Nikmat Mu
tadi aku sungguh syukuri
sebutir tamar, seteguk zamzam
beribu langkah mengelilingi Kaabah,
dan saei di antara Safa dan Marwah
walau insan memenuhi bagai lautan
aku damai, kerana aku tahu
aku di sana, sebagai tetamu Mu!

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman
hanya kepada Mu aku meminta pertolongan
dan kepada Mu aku berserah
dengan ketentuan Mu,
jadi kan aku insan yang pasrah!

Wahai hati
bersama ku marilah berjanji
kepada Allah, kita hambakan 
rohani dan jasmani!
Ameeeen.

(Fajr, Jumaat 5 August, 2011, sepulangnya aku dari Mesjidil Haram)

2 comments:

  1. Alhamdullilah, you have made the journey that many of us long to. Your do'a is really soulful. I'm glad to be reading it.

    ~esum~

    ReplyDelete
  2. Amin. Semoga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

    ReplyDelete