
Khamis 23hb Disember 2011.
Umrah bersama isteri, Amirul, dan Luqman.
Tiada tempat di dunia ini, di mana tangisan bukan kerana kesedihan tetapi kerana kesyukuran kecuali di bawah bayangan Kaabah Mu. Di sini, mengalir air mata mengharapkan pengampunan dosa! Di sini basah pipi ketika menyebut doa untuk ayahanda dan bonda. Di sini, kerdil rasa diri, Kebesaran Mu meresap ke jiwa.
Tiada destinasi di dunia ini di mana tetamu sentiasa merasai paling istimewa, kecuali menjadi tetamu Nya - mengelilingi Kaabah, mengatur tapak di antara Safa dan Marwah! Bersatu, di antara jasmani dan rohani, di antara kata-kata dan detik di hati, jasad dan roh - menemui erti damai dan harmoni!
"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan teruraikecuali menerima kehendak Allah swt.Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilangkecuali berjinak dengan dengan Allah swtDi dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilangkecuali seronok mengenali Allah swtDi dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damaikecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNyaDi dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padamkecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNyaDi dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendungkecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu." - copied from a forwarded email.Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya
Ya Rabbi, Alhamdullillah dengan nikmat Mu kepada kami - di antara yang terpilih untuk ke sini~!
InshAAllah, kami ingin ke sini lagi...