Sewaktu berjalan pulang dari dinner malam ini, ada dua orang anak muda arab menghampiri. Siap bagi salam lagi...
Aku happy lah jugak sebab bertemu orang Islam di brussels ni. Seorang dari mereka bertanya jika aku ada rokok. Apabila aku jawap tak der rokok, dia tepuk2 poket jacket aku....dan aku mengelak. Mereka berdua ketawa dan beredar.
Sejurus itu juga aku menyedari wallet aku sudah tiada di dalam poket seluar.
Di dalam wallet ada credit cards, work permit card untuk Saudi, dokumen permit keluar masuk ke Saudi, kad pengenalan Malaysia, lima ribu Saudi Riyals serta beberapa ratus duit Euro! Fikiran aku terus tertumpu kepada work permit card dan dokumen permit keluar masuk ke Saudi. Aku mengekori mereka yang telah memasuki lorong dan menjerit meminta balek wallet!
Mereka membaling wallet ke tepi jalan, sambil ketawa dan terus melarikan diri.
Semua wang aku hilang, kecuali lima Saudi riyals yang di tinggalkan. Semua credit cards, dan dokumen lain selamat. Alhamdullillah!
Memang lah rasa marah sebab kehilangan duit! Tetapi yang betul2 membuat aku marah ia lah perbuatan itu di lakukan oleh manusia di lahirkan sebagai Islam! The feeling of being 'invaded' membuat aku rasa tertekan! Cubalah bayangkan bagaimana perasaan mereka yang di cabul kehormatan! Allah saja yang tahu! Geram, sedih, marah, tak puas hati, semua ada bercampur aduk. Yang aku pasti, perasaan aku memang tertekan, rasa susah nak bernafas buat seketika!

Sebenarnya, sewaktu aku di himpit itu, dah terlintas untuk membuka silat...tetapi boss aku yang juga berbangsa Arab menasihatkan aku supaya beredar dan jangan melayan pemuda2 Arab tadi. Sekali fikir menyesal juga aku tidak 'boxingkan' saja muka mereka tadi. Tetapi setelah perasaan tenang, terfikir juga mereka mungkin bersenjata! Jika tanpa senjata pun mereka lebih muda dan sasa! Nasib baiklah 'baran' Melayu aku tadi dapat di kawal...jika tidak, ada kemungkinan kejadian yang tidak di ingini dan lebih malang mungkin telah berlaku.
Sekarang aku di Brussels dengan lima riyals di dalam wallet! Perasaan aku kembali damai setelah aku lakukan solat, berdoa dan redha dengan apa yang telah berlaku. Tentunya ada hikmah dari Allah! Itu aku yakin...
Apa2 pun, untuk pembaca2 entry ini....berhati2lah jika ke Brussels. Bukan nya yang nyata Kafir yang harus di khuatiri....tetapi manusia di lahirkan Islam yang berperangaikan Syaitan~! Dan begitu ramai sekali manusia Arab di Brussels ini, terutamanya pendatang dari negara2 Morocco dan Tunis.
"Ya Allah...berilah mereka perasaan sedih dan menyesal dengan apa yang mereka telah lakukan kepada ku semoga mereka bertaubat kepada Mu, seperti mana aku merasa sedih dan kesal dengan segala dosa2 yang telah aku lakukan! Aku bersyukur Ya Allah, kerana Kamu memelihara ku dari bencana yang lebih sukar untuk aku hadapi di waktu aku bermusafir di bumi Kamu ini!"
so sorry this happened to you too, Mas got pickedpocketed in paris too. i am glad ur travel docs are intact. kalau tak lagi la haru biru
ReplyDeleteInalillahhi ilaihi rojiun.
ReplyDeleteMay Allah give you better than what you have lost.
Really sorry this happen to you.
And I am glad that Allah protected you from any worse calamities.
Sabar lah Pp, semoga Allah melindungi Pp dari mara bahaya untuk hari-hari yang seterus nya...aminn.
ReplyDeleteYa Allah Pak Payne, kesiannya. Takper, adalah tu nanti balasan Allah swt yang setimpal kepada kedua penyangak tu..
ReplyDeleteNazrah :-) yes, relieved bila dpt balek wallet with all of its contents except for the cash la...
ReplyDeletebak kata aishah, duit tu rezki boleh di cari ganti!
Lollies :-) tq. alhamdullillah...yes i pun rasa bersyukur di selamatkan dari musibah...
PakMan :-) tq...aminnnn.
Puteri Kama :-)
saya hanya mohon mereka sedar dan ada rasa bersalah serta berhenti dari kerja2 seperti itu. jika nak buat juga pun, tak perlulah memulakan dengan 'Salam!' Buat malu Islam jer...
Salam Pak Pin, niatkan sedaqah kepada yang mengambilnya. Memang pahit, tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah.
ReplyDeleteanonymous...:-) it is not the loss of money which affected me. it is the feeling of being 'invaded!'...
ReplyDeleteapa2 pun, i masih bernasib baik lah...ahamdullillah~!
PP,
ReplyDeleteOh bahaya tu kalau ber"boxing" dengan penyeluk saku tu. Entah2 dia orang ada pisau ke, screw driver ke, sia-sia aje nanti kena tikam nanti.
oh my...
ReplyDeleteyg pntg PP selamat.. smoga Tuhan m`buka ati mereka utk b`taubat.. antara hikmahnya mereka m`dpt doa..jrg2 sekali..biase nya sumpah seranah atau kate2 maki..hnya Tuhan yg m`ngetahui.. Ya Allah Kau lindungi insan ini dlm musafirnya..Amin..
ReplyDeleteuncle,sory to hear bout ur 'lost'.take care!
ReplyDeletep/s:org kata, org yg bermusafir ni makbul doanya.:) moga dipermudahkan segalanye k.
ShAz
UK :)
salam,
ReplyDeleteYa Allah , jahat betul budak2 arab tu , semoga Allah balas perbuatan jahat mereka .
Alhamdulillah Pp tak dicederakan dan semua dokumen penting masih ada dalam wallet tu .
Take care !!
Salam PP,
ReplyDeleteSad to hear regarding the incident..
Dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran. Segala yang datang dari Allah pasti ada pengajaran yang hendak di berikan...
Firdaus
Cat cat :-) yes, on hind sight...i am glad i didn't follow my temper...hehehe. itulah salah satu advantage of being 'orang tua'...sempat berfikir~!
ReplyDeletePp
Norin :-) yes....indeed, oh my....hehehe
ReplyDelete---
WanMahani :-) sesungguhnya, kita hanya manusia...sedangkan Allah juga mengampuni dosa2....thanks for your nice thoughts!
--
Shaz :-) oh masih di LOndon ya....bila grad?
Thanks for ur well wishes...
---
Firdaus..:-) peringatan paling berkesan ialah, dah 'tua' dah tak yah lah nak berboxing lagi hehehe :-)
--
Sarina :-) tu la kan...budak2 sekarang ni...bukan nak hormat org tua dah ~!
--
Pp