
Pak Uda Karman merenung jauh ke luar tingkap pesawat. Kehijauan ladang kelapa sawit semakin sayup dari pandangan. KLIA di tinggalkan, begitulah di tinggalkan juga isterinya Mak Uda Salmah bersama tiga anak-anak belasan tahun. "Abang pergi dulu test market di Dubai tu macam mana, jika okey nanti abang bawak lah Sal dan anak-anak!" Begitulah kata Pak Uda Karman kepada Mak Uda. Penerbangan ke Dubai demi mencari rezki di perantauan. Pak Uda Karman mendapat peluang bekerja di Dubai pun secara tak sengaja. Di suatu hari dia memasukkan 'Resume' nya ke website agensi pekerjaan di Timur Tengah. Waktu itu, Mak Uda datang duduk di sebelahnya, bertanya, "Abang buat apa tu tekun sungguh nampak?"
Pak Uda Karman menjawap, "Ni hah, abang test market, saja masukkan resume ke website ni, mana tau ada rezki di Timur Tengah pula!"
"Eh ada kah orang nak employ orang dah tua macam abang tu?" Pertanyaan Mak Uda Salmah ihlas, tetapi di dengari oleh Pak Uda Karman bagaikan satu perli yang pedas. Isu usia sememangnya isu sensitif, apa lagi Pak Uda baru saja melewati mercu tanda usia lima puluh tahun! Sehari sebelum ulang tahun hari lahir, Pak Uda secara diam-diam telah ke salon dan mewarnakan janggutnya yang sejemput itu berwarna hitam. Tidak ada seurat pun lagi yang putih! Sebaik dia pulang, Mak Uda tercegat bercekak pinggang di pintu, 'Amboi amboi...buang tabiat kah bapak nya ni!"
Pak Uda cuma terkebil-kebil, sambil tersenyum hambar dan berkata, "Usia jer tua, tak semesti nya kita pun terikut nampak dan rasa tua!"
Pak Uda terus melayari saat-saat bersama Mak Uda, dan bagaimana dia sekarang berada 30,000 kaki di udara menuju ke Dubai buat pertama kalinya.
"Abang jaga diri di sana nanti! Jangan pulak nak test market dengan Minah-Minah Arab di sana!" pesanan terahir dari Mak Uda tak kala bersalaman tadi.
"Eh, tak kan lah abang nak test market pulak. Lagi pun siapa lah yang hendakkan orang tua macam saya ni!" Pak Uda menggunakan balik ayat2 Mak Uda.
"Awak tu memang suka test market! Buka saya tak tahu! Janggut tu biarkan lah putih bang....tak baik kaler2 hitam begitu!" pesan Mak Uda, sambil mengusap2 janggut Pak Uda.
Anak-anak datang bersalaman, tidak berkata apa-apa.
"Jaga diri masing2. Dengar cakap ibu!" pesan Pak Uda kepada anak bujang nya yang sulung dan dua anak-anak perempuan.
"Ye lah...bapak pun dengar cakap ibu tu...jangan dok test market di sana nanti!" sampuk anak perempuan bongsu. Dia tersenyum, mengilai kecil sebelum melangkah masuk ke dewan berlepas.
Sejak ahir-ahir ini, memang Pak Uda sering juga di serang keinginan mencuba. Apabila asyek di cabar oleh Mak Uda kerana selalu saja tewas apabila bersama, dia terus kehilangan mood.
Bahkan, senjatanya yang dulu pantang di sentuh pasti bingkas berdiri, kini bagaikan getah paip tidak berisi air, terkulai lemah. Di sentuh, di geletek, di pujuk pun sama saja! Puas lah juga Mak Uda berbedak, berwangi-wangian, berbaju kelawar baru, masih juga Pak Uda tidak menunjukkan minat. Jika tidak ingatkan malu kepada diri sendiri, teringin juga Mak Uda mencuba teknik yang selalu di syorkan oleh Puan Kiah, janda yang baru berkawin dengan suami orang itu. Tapi, tak terbuat oleh Mak Uda. Setiap kali dia ingin mencuba, baru saja dia membuka mulut dia terasa malu dan jijik.
"Eh Mak Uda anggap jer lah mende tu ice cream! buat jer, pasti suami suka!" Begitulah Puan Kiah janda bercerita, sambil memuncung-muncungkan mulut nya bagaikan membuat demonstrasi!
"Tak mahu lah aku Kiah! Kamu tu jika pandai sangat kenapa di ceraikan suami kamu dulu tu!" Sebiji Mak Uda bagi terus ke muka Puan Kiah janda.
"Eh Mak Uda ni. Bukan dia ceraikan Kiah lah, Kiah yang tinggalkan jantan tu. Mana tahan, asyik asyik kita jer bagi dia puas, dia tak peduli pun keperluan kita! Dah lah begitu, Kiah tangkap dia bercinta pula dengan perempuan lain!" Puan Kiah menjelaskan.
Pak Uda terlena, mulutnya terlopong kepalanya melenggok ke tingkap pesawat. Pramugari melihat Pak Uda agak kesejukkan, menyelimutkan nya. Tak kala itu, Pak Uda terjaga, tetapi terus pura-pura tidur. Terasa seronok di hatinya di selimuti begitu oleh pramugari jelita tadi. Berdetik di hatinya untuk test market dengan pramugari tadi. Dia melihat jam di tangan, dan mencongak. Ada 4 jam lagi sebelum mendarat. Sempat lah sekadar test market tu, fikirnya.
Dia bangun untuk ke tandas. Di dalam bilek air kecil pesawat, Pak Uda memberus gigi, menyikat rambut, dan merapikan janggutnya. Sempat juga dia mencabut dua urat bulu hidung yang terkeluar menari-nari. Dia senyum! Melihat senyuman nya sendiri di cermin, membuat dia berpuas hati! "Manis masih ada!" bisik hatinya.
Pak Uda kembali ke tempat duduk dan menekan button memanggil servis dari pramugari.
Dengan senyuman pramugari tinggi lampai bersanggul berbangsa melayu datang menghampiri. Pramugari yang tadinya menyelimuti Pak Uda, semakin manis. "Time to test market!" bisik hati Pak Uda.
"Pak Cik, boleh saya bantu?" Kata pramugari.
"Apa pulak pakcik? Nama saya Karman!" Kata Pak Uda yang terasa bagai dipotong stim dengan panggilan 'Pakcik'.
"Oh maafkan saya Pak Cik Karman! boleh saya bantu?" Ulangi pramugari tadi, menjeling ke arah penumpang lelaki muda di sebelah Pak Uda yang tersenyum sinis.
"Tak per lah. Bring me one packet of kuaci please!" Mendengus suara Pak Uda, bukan marah tetapi kecewa!
"Kuaci tak de lah pak cik! Peanut boleh?" kata pramugari.
"Peanut pun peanut lah!" Kata Pak Uda yang sudah hilang sabar.
Setelah pramugari beredar, Pak Uda merungut kepada lelaki muda di sebelahnya, "Apa lah kapal terbang ni, kuaci pun tak der! Ingat kita ni monyetkah nak di berinya peanut!!"
Lelaki itu hanya tersengih dengan senyuman, tidak menjawap. Agaknya, dia tidak berani berkata-kata kerana tahu yang 'Pakcik' di sebelahnya sedang berang.
Ketibaan di Dubai di sambut oleh wakil dari majikan, seorang wanita Filipina yang berdiri di ruang ketibaan memegang poster tertulis namanya. "Mr. KRASMAN" Terbeliak mata Pak Uda membaca nama nya yang telah di eja begitu rupa! "Nak kena budak ni!" bentak hati kecilnya.
"Welcome Mr Krasman! My name is Lolita, and I will take you to your hotel" Berkata wanita itu dengan nada riang. "Errrmm, manis!" bisik hati Pak Uda. Sepanjang perjalanan, Lolita bercerita tentang Dubai; cuacanya, penduduknya, bangunan tinggi-tinggi nya, dan sebagainya. Pak Uda pula melayan fikiran nya yang berkecamuk; "Nak test market ka dengan si Lolita ni atau tidak". Jika di lihat dari bentuk badan, boleh tahan walau pun muka nya tak lah se cantik si pramugari tadi. Bahkan Mak Uda lagi cantik, sekurang-kurangnya gigi Mak Uda tersusun cantik dan masih original, bukan seperti si Lolita yang agak jelas bergigi palsu! Tak semena-mena Pak Uda bersuara, "Where you sleep tonight?"
Terkejut juga si Lolita dengan soalan itu, namun dia menjawap dengan skema, "Oh in my bed, in my house, beside my husband!"
"Set, Game and Match! Game over!" bisik hati Pak Uda. Nampak friendly macam boleh, tapi dah kawin rupanya. Dia cuba cover line, tetapi fikirannya agak lembab, mungkin kerana pertukaran udara yang begitu panas membakar di luar tadi.
"And Mr. Krasman, you should not ask any woman with that kind of question here especially to local ladies, they can report you to police!" Nasihat si Lolita apabila perasan yang lelaki di sebelahnya di dalam limosin itu agak miang.
"Oh, cannot test market here?" Tanya Pak Uda.
"You are too old already for that Mr krasman!" Direct jer jawap si Lolita.
"By the way, why you write my name as K R A S M A N? My name is KARMAN!" Tanya Pak Uda Karman yang dari tadi agak kurang senang dengan ejaan itu.
"Don't know. But your secretary from Malaysia sent us that spelling for your name!" Jawap si Lolita.
Huh, Pak Uda teringatkan secretary lama nya yang telah berkali-kali dating, tetapi belum berjaya berbuat apa-apa. Bukan kerana si secretary tidak sudi, malah telah bersedia di bilik tidur menunggu, tetapi kerana Pak Uda tidak dapat menghunus senjata. Secretary itu juga lah yang telah memberitahu rahsia untuk menguatkan kembali tenaga lelaki, "Abang Karman makanlah buah kuaci! banyak-banyak!! Jika boleh buat powder masukkan ke dalam air ye bang!!"
"Your hotel is here Mr Karman! I will be here at 8am tomorrow to take you to the office!" Kata si Lolita apabila limosin mereka memasuki kawasan hotel Crowne Plaza di Sheikh Zayed road.
"And, I suggest you take a good rest Mr Karman and no need to test market here. The market is for younger men, those with less stomach and more hair!!!"
Pak Uda menarik begnya keluar dari Limosin dan mengucapkan selamat malam kepada Lolita.
"Errrrmm, nasib baik aku bawa bekal kuaci lima kilo! Nanti kau Lolita, satu hari nanti dengan kamu tu aku test market!" Kata hati Pak Uda!
kahkahkah!!!! Mr Krasman memang tak sedaq diri!
ReplyDeletewah apa-apaan inih... aduuuhhh...
ReplyDeletekelakar giler!..very good piece! love your writing style...
ReplyDeleteAJ