Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Monday, October 19, 2009

Di Pusara Bonda....


"Kenapa menangis?"
>>>>"Sedih!"

"Kenapa sedih?"
>>>>"Sewaktu hayatnya, saya selalu abaikan dia"

"Abaikan...maksud kamu?"
>>>>"Saya terlalu mementingkan diri saya, kerjaya saya, hal-hal saya, saya sering tangguhkan keperluan dia"

"Apakah keperluan dia yang kamu rasa kamu selalu tangguhkan?"
>>>>"Pernah bila saya pulang,saya lihat telefon di rumah telah di tarik ke tempat tidur....bila saya tanya kenapa, dia menjawap kerana dia ingin memastikan dia dapat mendengar jika telefon berbunyi sekiranya saya menalifon dia"

"Selalukah kamu telefon dia?"
>>>>"Tak pernah......kecuali hari Raya. Dia berkata, telefon di rumah itu tidak pernah berbunyi kecuali apabila jiran menalifon bertanya khabar apabila dia tidak kelihatan beberapa hari"

"Kenapa jiran tak nampak dia"
>>>>"Kerana dia sakit dan tidak dapat bangun dari tempat tidur nya. Itu yang membuat saya sedih! Sewaktu hayat ibu saya tidak pernah mengabaikan keperluan saya. Saya sungguh sedih. >>>>Apa perlu saya buat sekarang?"

"Menyesal pun tak berguna lagi. Kamu berdoalah semoga Allah ampuni dosa kamu terhadap arwah ibu dan ayah kamu, dan semoga Allah kasihi mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kamu"

....perbualan di atas di antara dua sahabat. Seorang dari mereka baru sahaja pulang ke kampung halaman setelah bertahun di seberang laut. ....Jangan tunggu sampai terlambat. Call your father and your mother today, and tell them you love them! At a certain phase in life, the role between parents and children come to a cross-point, where the children should become more of a 'giver' role and parents yearn to be the 'receiver'. And I am not even talking about material things....I am talking about love, about caring, and about reassurance, that they matter in your life. Si Tenggang terkena sumpahan kerana menderhaka kepada ibu. Itu zaman dahulu kala. Tak perlu lah bandingkan diri kamu dengan si Tenggang. Semestinya dengan pelajaran di zaman cyber dan zaman iPod ini, dan setelah merantau ke mana-mana, kamu lebih mengerti bagaimana untuk mengambil hati seorang ibu atau seorang ayah. Bukan begitukah?
Biasakan lah, dewasakanlah diri, sapulah malu, pura2lah rindu...sekali pun jika rindu itu tiada di hatimu! Kerana, satu hari nanti apabila kamu juga mempunyai anak-anak yang telah dewasa, perasaan yang sama akan di rasai juga. Percayalah, kerana ramai yang aku kenali kini mengalami nya!

(gambar hiasan dari google search)

Usah di tunggu kematian,
sekadar untuk di tangisi dengan penyesalan
usah di renjis air di pusara
jika semasa hayat mereka kamu alpa !
Bukan wang ringgit yang mereka pinta

sekadar 'suara' sebagai tanda

"Kamu mengingati mereka!"


Aku berpesan untuk semua
yang masih ada ibu dan bapa

kerana setelah bertahun aku kehilangan

ke hari ini aku di bayangi penyesalan!

Jika ibu dan ayah masih ada

Tak kan aku ulangi lagi

bertanya khabar, sekali sekala

itu pun hanya di hari Raya

ingin aku sering mengunjungi

memeluk erat, mengucupi pipi

bukan sekadar menitiskan airmata
ketika merenungi nisan di pusara!


Ampun kan anakanda, wahai ibu
ampunkan anakanda mu wahai ayah

kerana dulu, begitu alpa

ke sana kemari - meniti dunia

terlupa sebenarnya yang di cari itu

melihat senyuman di wajah-wajah mu!


Malam ini aku tangisi

penyesalan yang hadir di dalam mimpi~!


(Just me: Jeddah, Saudi Arabia)

8 comments:

  1. ..agreed, just me..and not just fathers and mothers..but fathers-in-law and mothers-in-law, too..

    ..salam..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pp, baru sekejap tadi ambo telefon 'Mek' ambo. Dia sedang sibuk memberi makan itik-itik nya di belakang rumah.

    ReplyDelete
  3. Huhuhu...sedeynya!!!

    Saya dah lama hilang mereka. Rindu yang teramat sangat masih ada walaupun dulu saya memang habiskan setiap hujung minggu bersama mereka...dan dapat jaga mereka sewaktu mereka sakit: namun, rindu sentiasa datang, dan kesal kerana rasa macam banyak lagi yang saya tak buat untuk mereka...Inikan pula mereka yang seperti kisah Pp di atas ni...entah apalah agaknya rasanya....

    ReplyDelete
  4. Yang Ariff,

    Tiada bangkangan.

    Yang Tuan nukilkan di sini adalah
    benar lagi benar.

    Betapa anak2 selalu alpa pada Ibu Bapa masing2 semasa mereka hidup atau mati. Seorang Ustaz mengingatkan bacalah dan hadiahkan doa pada mereka walau hidup atau mati...ia umpama SmS atau surat "cinta" kita kepada mereka!

    Dan dari ALLAH yang Pemurah pahala nya bagi penghantar dan Penerima!

    Ahj

    ReplyDelete
  5. I was not close to my late father.. Now I miss him. Sebak baca posting ni PP. :'(

    ReplyDelete
  6. sejak berkahwin, rasa macam makin jauh ngan parents. call selalu tapi lik kelate jumpa diorang dah jadi jarang. banyak yg perlu di ambil kira. masa solo dulu, rasa nak balik jer terus beli tiket balik, tak pun drive. alangkah indahnya kalau sekarang dan dulu sama jer..

    ReplyDelete
  7. A reminder, tq.

    ReplyDelete
  8. Sebak... sedak, sebak sedak... sedihnye baca puisi tu...

    balik ni nak peluk mak & bapak, walau selalu jumpa... tp you buat I rasa macam belum lagi bagitau mereka sayangnya sya pada keduanya...

    thank you brother...

    ReplyDelete