Sewaktu berjalan pulang dari dinner malam ini, ada dua orang anak muda arab menghampiri. Siap bagi salam lagi...
Aku happy lah jugak sebab bertemu orang Islam di brussels ni. Seorang dari mereka bertanya jika aku ada rokok. Apabila aku jawap tak der rokok, dia tepuk2 poket jacket aku....dan aku mengelak. Mereka berdua ketawa dan beredar.
Sejurus itu juga aku menyedari wallet aku sudah tiada di dalam poket seluar.
Di dalam wallet ada credit cards, work permit card untuk Saudi, dokumen permit keluar masuk ke Saudi, kad pengenalan Malaysia, lima ribu Saudi Riyals serta beberapa ratus duit Euro! Fikiran aku terus tertumpu kepada work permit card dan dokumen permit keluar masuk ke Saudi. Aku mengekori mereka yang telah memasuki lorong dan menjerit meminta balek wallet!
Mereka membaling wallet ke tepi jalan, sambil ketawa dan terus melarikan diri.
Semua wang aku hilang, kecuali lima Saudi riyals yang di tinggalkan. Semua credit cards, dan dokumen lain selamat. Alhamdullillah!
Memang lah rasa marah sebab kehilangan duit! Tetapi yang betul2 membuat aku marah ia lah perbuatan itu di lakukan oleh manusia di lahirkan sebagai Islam! The feeling of being 'invaded' membuat aku rasa tertekan! Cubalah bayangkan bagaimana perasaan mereka yang di cabul kehormatan! Allah saja yang tahu! Geram, sedih, marah, tak puas hati, semua ada bercampur aduk. Yang aku pasti, perasaan aku memang tertekan, rasa susah nak bernafas buat seketika!

Sebenarnya, sewaktu aku di himpit itu, dah terlintas untuk membuka silat...tetapi boss aku yang juga berbangsa Arab menasihatkan aku supaya beredar dan jangan melayan pemuda2 Arab tadi. Sekali fikir menyesal juga aku tidak 'boxingkan' saja muka mereka tadi. Tetapi setelah perasaan tenang, terfikir juga mereka mungkin bersenjata! Jika tanpa senjata pun mereka lebih muda dan sasa! Nasib baiklah 'baran' Melayu aku tadi dapat di kawal...jika tidak, ada kemungkinan kejadian yang tidak di ingini dan lebih malang mungkin telah berlaku.
Sekarang aku di Brussels dengan lima riyals di dalam wallet! Perasaan aku kembali damai setelah aku lakukan solat, berdoa dan redha dengan apa yang telah berlaku. Tentunya ada hikmah dari Allah! Itu aku yakin...
Apa2 pun, untuk pembaca2 entry ini....berhati2lah jika ke Brussels. Bukan nya yang nyata Kafir yang harus di khuatiri....tetapi manusia di lahirkan Islam yang berperangaikan Syaitan~! Dan begitu ramai sekali manusia Arab di Brussels ini, terutamanya pendatang dari negara2 Morocco dan Tunis.
"Ya Allah...berilah mereka perasaan sedih dan menyesal dengan apa yang mereka telah lakukan kepada ku semoga mereka bertaubat kepada Mu, seperti mana aku merasa sedih dan kesal dengan segala dosa2 yang telah aku lakukan! Aku bersyukur Ya Allah, kerana Kamu memelihara ku dari bencana yang lebih sukar untuk aku hadapi di waktu aku bermusafir di bumi Kamu ini!"