Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, February 24, 2010

Teh Tarik di Dubai~!

Kawan-kawan bertemu, pekena teh secawan
sembang-sembang strategi kalahkan negarawan
ayat-ayat berseni umpama sasterawan
menghiburkan hati kelana di perantauan.
berbagai topik terhidang di meja
bergelak sakan, ada yang berjenaka
(i)
Ada ura-ura mengambil alih kuasa
tampuk kepimpinan MyUAE se nusantara
usul di bangkang dengan serta merta
ikrar kesetiaan kepada Tuan Presiden kita!
(ii)
Ada rakan2 terlewat tiba
"kenapa lewat dan kenapa berselipar sahaja?"
Kami bertanya, kerana lazimnya
mereka berstoking mengikut etika berpakaian
untuk ke pesta sebagai penyokong kebudayaan
membangunkan industri musiks dan juga tarian
"Stoking tak jumpa di cari, mungkin di sorok isteri"
usik seorang rakan yang sentiasa dengki
kerana sering di rantai tidak dapat mengikuti
keluar malam seperti kehendak hati!
(iii)
salah satu cerita di meja tadi
mengenai zikir bermakna seorang suami
sementara menunggu solat berjemaah
di ulang-ulang "La Ila Ha Illallah"
apabila di beritahu sang isteri
"saya di larang solat kerana tidak sah"
dengan tiba-tiba, suami mengeluh resah
"Laaaaa...illaaaah
mak kamu cuti pulak dah~!"
sambil menepuk dahi
menghitung hari di jari
terpaksa di tunggu lima hari lagi!
(iv)
Jika bertemu pasti ada topik " Ada Brani?"
Namun sehingga ke hari ini
hanya bagai tong kosong kuat berbunyi
masih belum ada yang brani berdiri
mendabik dada berkata,
"saya dah bersedia
untuk pasang dua!"
kata mereka pula
bukan kerana takutkan isteri-isteri
cuma isteri2 di sini, tak takutkan suami!
"Eh, bukan saya!"
hehehe
masing-masing tak mengaku
jika si isteri bertanya,
"betul abang cakap begitu!"
(v)
Ada satu lagi cerita tadi
mengenai seorang cina dan seorang benggali
mereka bertemu setiap hari
di stesen bas di awal pagi
si benggali sering memerhati
setiap hari, si Cina menghidu jari
"Kenapa Lu selalu cium Lu punya jari?"
Jawap si Cina,
"Malam2 wa pulang sudah manyak lewat,
pagi2 wa juga ta lak sempat
wa cuma cucuk jali, wa bawak bau wa punya mini!"
Si benggali mendapat idea!
Dia tiba-tiba tersenyum gembira
Besoknya di stesen bas yang sama
si Cina ternampak kawan nya
tersenyum-senyum sambil menghidu
lengan kanannya yang banyak berbulu
dari jari hingga ke siku!!!
"Whoarr...wa manyak lespek sama Lu!"
(vi)
memang seronok bertemu sesekali
cerita yang di kongsi
sekadar hiburan, jangan di simpan di dalam hati!


Monday, February 22, 2010

Bermadu?

"Pp, saya pernah bermadu sebab itu saya tahu peritnya berkongsi suami!" walaupun di selang seli dengan ketawa kecil, suara puan Marina tenang memulakan cerita.
"Oh ye ka? bila dan berapa lama?" saya menyambar mukadimah puan Marina bagaikan helang menyambar anak ayam, dan memulakan peranan sebagaikan penyiasat di luar mahkamah.
"Jika nak tahu boleh, tapi jangan cerita dalam blog dengan cara orang tahu identiti saya!" Kata puan Marina.
"Saya dengar lah dulu. Susah jugak tu, berapa ramai sangat kawan2 saya yang pernah bermadu, nanti ada yang serkap jarang terkena pulak nanti!" Kata saya, menoleh ke arah isteri.

Kami menunggu penerbangan. Secara kebetulan Puan Marina juga akan ke Malaysia untuk beberapa hari. Saya dan isteri terpaksa pulang di atas urusan urus niaga persendirian.
Soalan awal saya yang bertanya kenapa Puan Marina tidak terus pulang menginap di Malaysia membuka pintu untuk beliau bercerita kenapa tidak mahu tinggal berjauhan dari suami.
"Bermadu itu sungguh sakit! Jika isteri dan suami tinggal berjauhan, tidak mustahil pisang berbuah dua kali!" Sambung Puan Marina.
"Eh, duduk bersama pun jika suami nak kawin lain dia buat juga. Lagi parah jika dia tak kawin tapi meniduri mistress begitu, tidakkah nanti isteri pertama juga sama2 berdosa kerana menghalang suami dari berkawin secara halal!" Saya berhujah bagaikan ustaz yang tak bertauliah. Isteri saya bangun dari kerusi di sebelah saya dan duduk di kerusi di sebelah puan Marina.
"Fatwa mana pulak abang bawak tu? Jangan saja2 nak salahkan isteri pulak. Tanya lah dulu diri sendiri kenapa mahu kawin lagi?" Isteri saya, sekarang berdepan dengan saya memulakan hujah!
Puan Marina menambah, "Jika suami beriman dia tak buat lah kerja berdosa tu! Dosa besar pulak tu! Sepatutya suami membimbing isteri bukan sebaliknya!"
Saya memandang2 sekliling ruang lounge perlepasan mencari muka2 lelaki melayu yang ada tanda2 sudah atau bakal bermadu. Tak nampak lah pulak. Terpaksa lah saya meneruskan hujah secara solo.

"Jadi apa pengalaman puan bermadu dulu tu? cerita boleh?" Saya mengubah tumpuan dari polemik kepada cerita peribadi Puan Marina.
"Tak nak lah cerita, Pp pun sama jer masih ada hati! Lagi pun tak percaya lah Pp tak akan tulis dalam blog!" Puan Marina merenung tajam.
"Eh, saya ni confirm a one wife type lah. Tak percaya tanya Lil" kata saya menjeling ke arah isteri.
"Ya la tu! Apa buktinya?" tanya LiL.
"Buktinya my love for you lah. You jemur kain, I angkat kain. You lipat baju, I lipat singlet. You masak-masak, i basuh pinggan. You lenguh2 I picit2!" Saya merendahkan suara.
"Hah, little things like that lah yang matters! Ni lelaki melayu selalu lupa!" Mencelah Puan Marina. Menjadi juga deklarasi cinta saya tu, LiL bangun dan duduk pula di sebelah saya.

"Berapa lama you bermadu?" saya bertanya lagi.
"Lama juga, ada lah lapan tahun!" jawap Puan Marina.
"Madu you tu baik ka?" saya meneruskan.
Puan Marina tidak terus menjawap. Dia berfikir, mata nya merenung carpet, kakinya menguis2 bunga2 corak di carpet di situ.
"Madu I tu, mulut dia lazer supersonic! Macam2 dia maki hamun suami dia dan suami I lah juga dan diri I ni!" Jawap Puan Marina.
"Contoh?" Saya menduga.
"Terlalu kesat untuk saya ulang tayang lah Pp!" Jawap Puan Marina.

Buat pertama kali saya berfikir, "Kenapa lah di panggil bermadu?" Jika bermadu itu pahit dan perit, kenapa di beri nama yang manis dan selalu menjadi penawar kepada penyakit seperti madu?
Adakah asalnya, bermadu itu sememangnya manis dan penawar? Adakah salah pengamal bermadu itu sendiri yang telah merosakkan status bermadu lantas menyulitkan angkatan sekarang untuk sama2 mengalami kehidupan bermadu.

"Ada kawan kami telah beristeri muda sejak limabelas tahun lalu tapi isteri pertama belum tahu! Dia bertemu isteri muda hanya di siang hari!" Lil bercerita mengenai kawan kami bernama Yusli.
"Tapi rugi lah isteri kedua, dan rugilah juga isteri pertama!" Sambung Puan Marina.
"Kenapa pulak rugi?" Saya bertanya kerana agak kehairanan.
Puan Marina ketawa kecil. Kemudian dia menyambung, "Ialah, kedua2 wanita itu tertipu! Kedua2 berkorban demi untuk suami mereka yang ingin beristeri dua tapi tidak sanggup bertanggung jawap sepenuhnya dan penakut! Jika dia berani dan berlaku adil dia kenalah declare!"

Sedikit sebanyak saya setuju juga dengan puan Marina tu. Tapi, jika declare pun susah, sebab wanita zaman sekarang lebih mementingkan diri sendiri - tidak mahu berkongsi.

Penerbangan kami bersedia untuk berangkat. Penumpang di panggil untuk mula menaiki pesawat. Puan Marina berjalan menuju lorong A, khas untuk business class. Saya dan isteri ke lorong B, kami menaiki kelas ekonomi. Aku sempat menjeing beg tangan Gucci yang di bawak Puan Marina.

"You nak naik business class ka? Nak beg Gucci ka?" Saya berbisik kepada Lil.
Isteri saya tersenyum. "Tak perlu bang! Itu untuk calon2 isteri kedua jer tu...atau pun apabila isteri pertama di madukan jer~!!"
We walked to out seat towards the back of the plane. Once settled, LiL berbisik, "Pandai lah you goreng Marina tadi tu...bunyi macam suami mithali jer melipat kain lah, membasuh pinggan lah! Jika lah dia tahu...air segelas pun you tak pernah ambik sendiri!"
"Eh jika bersama you jer I manja sikit. Di Saudi sana duduk sendirian, I masak dan basuh sendiri!" I menegakkan kebenaran.
Tiba2 mendapat satu ciuman di pipi!

Monday, February 15, 2010

Bakpo?

Bakpo? Why the sudden talk about retirement?
Rasa dah penat makan gaji!

Bila?
August 26, 2012.

Why that date?
I will 55. Waktu itu, InsyaAllah...I wish to stop makan gaji. Itulah doa. Itu lah harapan. Namun, Allah jua yang lebih mengetahui...dan kita harus menerima dengan senang hati.

Apa rancangan setelah pencen?
Nak bisness. Macam2 idea ada. Harus lebih di fikirkan lagi, mana satu dan bagaimana!

Bagaimana dengan anak2?
InsyAAllah by that time, tiga sudah bekerja.
Dua di Universiti.
Yang Bongsu akan meneruskan pengajian di Malaysia.

Kenapa tidak terus saja bekerja...lagi pun kerjaya sekarang memberi kepuasan dan ganjaran yang baik~!
Rezki dimana2. Allah Kareem. Kepuasan berhidmat bermula dari dalam diri sendiri, bukan bergantung kepada tugas atau orang lain. Apa juga kerjaya yang kita berkecimpung, jika kita bersikap positif dan ihlas melakukan tanggung jawap, InsyAAllah kita akan mendapat ganjaran dan kepuasan.

Tidak kah terfikir untuk berhidmat pula kepada Masyarakat?
Memang ada. Apa2 pun khidmat kita kepada masyarakat, saya berpendapat 'memberi jala itu lebih baik dari memberi ikan!' Instead of focusing on charity based contribution, saya lebih suka untuk fokus dalam pembinaan minda, semangat, bakat dan kemahiran supaya anak-anak bangsa kita dapat mengubah nasib hidup mereka sendiri. Secara kebetulan, ini juga bidang kemahiran dan minat saya!

Joining politics?
Not actively from the front. Maybe from behind, providing support and intellectual input into a worthy political leader who wants my views.

Jadi, berapa hari lagi sebelum pencen?
Let us put it this way, bermula musim panas tahun ini, saya ada dua tahun lagi sebelum pencen. Satu penantian yang sungguh menyeronokkan.
Apa-apa pun, saya berserah kepada Allah untuk menentukan. Saya hanya mampu merancang dan berdoa.

Apakah doa harian?
Itu terlalu peribadi, di antara saya dan Dia.

What are your hopes and fears, as you count down towards your pension days?
Hopes: For my children to be successful in chasing their dreams. For them to live in Islam, as Muslims, and be better than me in all aspects!
For my wife and I to be blessed with good health and be protected from kesesatan dan di permudahkan urusan mencari keredhaanNya.

Fears: That my children tersesat dari ajaran Islam due to my own shortcomings as a father. One thing, which will make me shed tears in my old age will be to see any of my children not praying the lima waktu, not fasting in Ramadhan, not making time to read Al Quran, not paying their Zakat, not performing Haj and Umrah when they can affrord to, and not mentioning my name in their prayers.
I also fear that I akan terus terlalai...dari segala suruhan Nya.

You talked about shedding tears. When was the last time you shed tears and why?
Too personal to mention! I prefer not to cause any anxieties amongst people I love and amongst those who care for me, so I wish not to answer the question!

How do you think people who know you will describe you in a few words?
That I am sensitive, kind hearted, ambitious, positive minded, optimist, friendly, forgiving, informal. My wife may even say that I am romantics. Come to think of it, why don't you ask my wife, my children and those people to describe me instead? Their views will be less biased! hahaha.

Do you have any secrets from your wife?
I thought you said you wanted to interview me about my decision to retire. What has this question got to do with that? *rolls eyes*!

Ok, back to your retirement plan. Does your wife support this plan of yours?
My wife has been supportive of me, in good and bad times. She is the wind beneath my wings. She has been in the past, she is in the present, and InsyAAllah I pray that she will continue to be. She is my pillar of strength.

Thank you for answering my questions!
Not at all. My pleasure. By the way, what will be the topic of your next interview?

I am curious to know more about your career. What have made you successful!
Syukur Alhamdullillah, I have been lucky and blessed. Yes, I look forward to our next virtual interview.
Bye for now, wassalam.

Wassalam, and my salam to your lovely wife!
InsyaAllah.

Friday, February 5, 2010

Berbaloi~! kueh koci...


"Kita ke Lulu bang, I nak beli daun pisang!" kata LiL sebaik kami habis makan-makan Kuey Teow di Noodle Factory di Arabian Center.
"Daun pisang, nak buat apa? Jauh tu Lulu...nanti penat, ada excuse pulak malam nanti!" Aku memang dah fokus untuk conserve energy sewaktu bercuti di Dubai!
"Ada lah, nak buat kuih, nanti boleh bawak balek ke Jeddah!" Lil mengelak dari terjebak dengan perbualan mengenai topik2 selain dari daun pisang~!

Sambil memandu melalui the Emirates Road, kami sempat juga berbincang mengenai plan untuk bercuti ke Damascus, Syria pada bulan April nanti. Memang setahun sekali kami cuba untuk berkumpul sebagai satu keluarga, bercuti-cutian, demi memastikan kemesraan antara anak2 yang tinggal berasingan di tiga negara. Kali terahir bercuti-cuti bersama ialah Dec 2008, apabila kami ke Istanbul. Cuma yang terkilannya, April nanti Achik tidak dapat bersama kerana sedang menempuhi peperiksaan ahir.

Sempat juga berbual mengenai rancangan masa depan; berapa lama lagi di Timur Tengah ini sebelum pulang ke Malaysia? "Mungkin dua tahun lagi kita pulang lah, I pun dah penat bekerja" aku memberi pendapat. "Balik Malaysia nanti apa plan you?" tanya Lil.

Aku belum ada plan yang jitu. Cuma yang pasti, aku tidak mahu lagi makan gaji, walau apa jua jawatan. "I nak mula kan bisness yang boleh di ambil alih olih anak-anak nanti!" aku berkongsi angan2. Perbualan berkisar mengenai suasana politik dan ekonomi di Malaysia. Terasa pudar semangat! Walaupun hati begitu rindukan Malaysia dan ingin pulang, realitinya, Malaysia sekarang tidak seperti Malaysia dahulu.

Dahulu, wawasan negara ialah untuk pembangunan "Wawasan 2020!" dan fokus usaha kerajaan ialah untuk membangunkan negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Sekarang, kemelut politik memaksa kerajaan fokus terhadap perpaduan, lantas wawasan berpaksikan "1Malaysia" yang tidak memberi erti atau motivasi untuk rakyat bekerja kuat atau berusaha mengejar kejayaan. Sebaliknya, 1Malaysia memberi gambaran negara berpecah belah di atas dasar perkauman yang membuak2. Paling memualkan, tajuk2 dan berita2 di akhbar mengenai perbicaraan DSAI dan Saiful, errmm, bahasa yang di gunakan jauh sekali dari matlamat 1Malaysia! Menjatuhkan maruah, individu, bangsa dan negara!

Setelah tiba di Lulu, isteri dan Luqman terus ke pasaraya. Aku singgah di Baskin Robins, menikmati icecream 'Babana Split' - an old time favorite. Setengah jam kemudian aku naik ke pasaraya, menepati waktu bertemu Lil di kaunter bayaran.
"Banyak daun pisang, nak buat apa?" Aku bertanya.
"Nak masak kueh koci!" jawap LiL.
"Pisang tu pulak?" tanya aku lagi.
"Nak buat cokodok, dan pisang goreng~!" jawap LiL lagi, tersenyum.
Aku menghulurkan icecream Baskin Robins, banana split, yang telah aku belikan untuk Lil dan Luqman.

Pagi ini aku tidak bangun pagi seperti di rancang! Subuh pun tertinggal, Astaghfirrullah! Berdosa! Qada~! Bila tersedar, jam sudah hampir sepuluh pagi. Lena sungguh tidur...penat la agaknya! hehehe.
Ada sms dari Fudzail, "kami di green city!"
Ah, rasa sungguh bersalah dan rugi, tidak dapat bersama kawan2 bersarapankan Puri!

Bau dari dapur membuat aku lapar! Kueh Koci sudah siap berbungkus. Cokodok pisang panas memenuhi mangkuk. Brown toasts and cheese omelette menunggu di meja makan!
"Eh dah masak ka kueh koci ni?" tanya aku, setelah melihat comel2 jer kuih kuci di dalam pinggan. Tidak comot seperti yang selalunya aku tenguk.

"Dah! ini ikut risipi baru Mariani!" senyum jer LiL, bangga dengan kuih kuci comel2 nya.

"Berbedza ka risipi Mariani tu?" aku bertanya. Setahu aku, kueh koci tu ada inti, ada tepung, ada santan, ada daun pisang jadilah!

"Berbedza! Dia buat inti lebih, tepung sikit. Dan inti dan tepung di kukus dulu, daun pisang di kukus asing. Setelah siap semua di kukus baru bungkus~!" Lil mencerita kan rahsia Kueh Koci comel2 itu.

"Errrrm, bukan saja comel, sedap ~!" aku memuji setelah mencuba sebiji, dan membuka yang ke dua.

"Alaaa, yang comel2 tak semestinya sedap...yang sedap2 juga tak semestinya comel~!" menjeling lain macam pulak si Lil.

"Yang you punya ni, comel dan sedap!" aku sudah membuka kueh koci yang ke lima!

Lil masih membungkus lagi untuk aku bawa pulang ke Jeddah.
"Sikit jer you letak santan?" aku bertanya.
"Aha, Mariani kata jika nak bunuh suami boleh lah letak banyak2 santan tu!" Lil ketawa kecil.

"Oh, jika sayang suami tak semestinya beri lebih2 lah ye!" aku menduga.

"Aha lah, jika sayang suami, bagi cukup2 jer~!" jawap Lil, seperti mengerti maksud aku.

"Errrm, sedap. Berbaloi cari daun pisang semalam!" aku habis kan sepinggan kuih2 kuci yang comel2.

"Berbaloi ka? hahaha. Itu nak dengar tu. Biar you rasa berbaloi pulang hujung minggu!" Eh, macam ada makna tersirat pulak ayat ahir Lil sebelum dia bangun untuk ke dapur!

Aku tersenyum...."berbaloi~!" bisik dalam hati!
Walaupun terlajak tidur dan terkandas plan untuk sarapan Puri bersama kawan2, tetap berbaloi~!



Kueh koci
di luar tepung di dalam inti
di bungkus dengan rapi
untuk di jamu kepada suami.
Kueh koci
suami makan menjilat jari
sedap tidak terperi
habis sepiring, nak lagi~!
"berbaloi?" tanya isteri
"berbaloi!" jawap suami,
"Dan bukan kerana kueh koci !"
Sama-sama mengerti
Sama-sama menjilat celah jari~!


Wednesday, February 3, 2010

Cinta Di Awan Biru!

Serene terpinga-pinga. Dia betul-betul malu. Sama sekali dia tidak menduga akan di marahi begitu pada hari pertama bertugas sebagai pramugari. Penerbangan MH1202 Kuala Lumpur ke Kota Baru merupakan penerbangan sulung baginya. Jika tadi dia meninggalkan rumah dengan semangat berkobar-kobar, di dalam kabin itu dia ingin bersembunyi.
"Di mana kamu mendapat latihan! Lain kali jangan lupa perkenalkan diri kepada rakan-rakan di dalam kabin!" begitulah ketua pramugara mengherdik.
Tak kan lah salah yang sekecil begitu pun dia di marahi dengan kata-kata sinis! Serene tidak puas hati, namun dia belum berani melawan. Jika di tempat kerja lama nya dulu sudah tentu dia akan menaikkan suara. "Satu hari nanti, kamu akan kenal juga siapa Serene !" Dia menaikkan semangat nya sendiri.

Penerbangan ke Kota Baru penuh. Ramai juga keluarga membawa anak-anak kecil. Dari belakang dia nampak ada sedikit kekecuhan di bahagian tengah kabin kelas ekonomi. Seperti di latih, Serene segera menghampiri, dengan senyuman di bibir.
"Boleh saya bantu?" tanya nya lembut.
"Ni beg mokcik ni basoh doh ni!" kata seorang wanita separuh usia.
"Not only that. What ever the smelly thing in her bag has soiled my cloth!" Pantas saja gadis lewat dua puluhan berkaca mata hitam yang juga sudah berdiri.
"Dio kato gappo korr mokcik! Dio lah takdi hok rembah beg mokcik tuh sapa pecah botol budu tuh!" Mokcik tu pun naik angin jugak!
"I want to change my seat! And I want MAS to pay for new cloth!" Bentak si kaca mata hitam.
Serene tergamam. Dia di latih untuk melayan penumpang tetapi tidak pula di beri training bagaimana nak faham loghat Kelantan jauh sekali bagaimana nak handle kes botol budu pecah!
"Kenapa makcik bawa budu naik kapalterbang, tak boleh makcik. Lagi pun makcik kan nak pergi ke negeri budu!" Itu pula ayat yang terkeluar dari mulutnya. Dan itulah juga ayat pertama yang dia tuturkan kepada penumpang MAS, di hari pertama memulakan tugas.
"Hey, cik pramugari, ingat awok tu cantik sangat koh. Jangae panggey negeri ambo negeri budu! Repot korr polih baghu tau budok nih!" Sampuk se orang lelaki berbadan gempal berkumis dan memakai ketayap putih.
Dua tiga orang lain juga menyampuk! Ada yang menyokong si Badan gempal, ada yang cuba menenangkan keadaan.
"Suko hati mokcik lah nok bawok budu sebotol korr se payyae korr! Mok cik bayar tambae weh, bukae naik free!" Makcik tadi menjawap balik.
Serene rasa mukanya panas. Geram! Kes budu pecah tidak ada pun di sentuh semasa latihan. Pening! Dia menjengah ke depan kalau2 ada kabin krew lain dapat membantu.
Ketua pramugara datang. Muka nya agak serious. Serene tiba-tiba kecut perut. Pucat! Panik!

"Can you go to your station please." Kata ketua pramugara kepada Serene.
Serene patuh. Langkahnya longlai. Hilang semangat. Dia ke belakang kabin, menunggu herdikan dengan penuh debaran.

Di waktu itu, naik pula seorang flight engineer. "Ada panggilan untuk membuat pemeriksaan kerusi rosak?" kata Engineer itu kepada Serene. "Oh, saya Serene, please to meet you!" Kali ini dia memperkenalkan diri. Dia tidak mahu di herdik lagi. "Oh hai Serene, saya Engineer Abu, boleh panggil Abu saja." Menyeringai senyuman Abu. Tersusun barisan gigi putih berseri. Serene mendapat sedikit kekuatan dari senyuman Engineer Abu yang terus saja beredar ke bahagian tengah kabin.
Dari Belakang kabin Serene memerhati. Si kaca mata hitam sudah di pindahkan ke bisness class. Makcik di minta duduk, sementara beg beliau di bawa turun dari kapal terbang. Engineer Abu mengeluarkan peralatan dari beg besi, membersihkan kesan-kesan budu dari tempat duduk. Serpihan kaca juga di bersihkan. Si badan gempal berketayap menjeling ke belakang seolah2 mencari Serene.

Se waktu engineer Abu ke belakang menuruni tangga, dia sempat pula berkata, "Nasib baik saya lah di panggil kes budu nih! Sepatutnya mereka panggil cleaning service saja tadi. Tapi saya di panggil untuk bertemu Cik Serene rupanya!"
"Oh, it is my pleasure to meet you sir!" Bisik Serene, malu-malu. Dia memerhati uniform biru Engineer Abu yang berkedut kurang tiga kedutan saja dari seribu! Sibuknya engineer sorang ni, sampai uniform pun tak bergosok! Bisik hati kecil Serene, sambil senyum sendiri. Senyuman itu tiba-tiba hilang apabila ketua pramugara mengatur langkah umpama harimau ingin menerkanm mangsa ke belakang kabin! Sempat juga Serene berkumat kumit membaca doa pelembut hati yang di ajar oleh neneknya!

"Don't worry! It can happen to anyone." Kata ketua pramugara.
Serene seperti tidak percaya. Ini perangkap kah? Hati kecilnya bertanya.
"I am Idham!" Ketua pramugara menghulur tangan memperkenalkan diri. Kemudian dia menyambung, "And I am sorry sebab tadi memarahi awak!"
"It is ok. My fault, I didn't introduce myself!" jawap Serene. Di dalam hatinya masih ragu-ragu dengan motif si Idham yang berambut hitam berkilat di basahi gel. Geli geleman Serene melihat gel yang memang ternyata ter'over' di kepala si Idham.

Penerbangan ke Kota Baru menjadi pengalaman yang tidak mungkin di lupainya. Si badan gempal asyik menyiku nya setiap kali dia melintasi kerusi C35. "Gatal!" bentak Serene di dalam hati, tapi dari mulutnya terkeluar, "Oh excuse me sir!"
"Tok gheti kecek melayu gak dop soh kerja dengae MAS lah cik weh!" si badan gempal memperli.
Serene pura-pura tidak mendengar.

Penerbangan pulang dari KB ke KL lebih menyeronokkan. Tidak ada apa2 di luar dugaan yang berlaku. Semua nya seperti yang di ajar di pusat latihan. Ada dua orang teruna cuba mengorat, memberi Serene kertas berlipat. Apabila di buka, terdapat nama dan number telefon. "Saya Junuh, call saya deh! 0128989***". Kembang juga semangkuk hidung Serene mendapat tahu ada lelaki meminati dia, walaupun dia sedikit pun tidak meminati Junuh yang berambut bagai duri landak, mencacak! Di waktu-waktu tu, dia teringatkan senyuman menyeringai engineer Abu. Manis! Sayangnya, tidak pula si Abu tu berikan kepadanya kertas bertulis number telefon!

Setibanya di Kuala Lumpur penumpang2 beransur turun dari pesawat. Penerbangan sulung untuk Serene, satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan begitu saja. Dia bersiap-siap untuk turun apabila ketua pramugara menghampirinya. "This is my number,call me we can go for coffee!" Kata Idham menghulurkan kad. Di waktu Serene mengambil kad itu, Si Idham cuba memegang tangan Serene. Serene mengelak. Dia cuma berkata,"InsyaAllah!" walaupun hati nya meluat dengan kelakuan Idham yang menggatal!

Kedua-dua potongan kertas bertulis number telefon di campak ke dalam tong sampah pertama yang di temui nya! "Apa dia orang ni ingat stewardess ni murahan ka!!!" Hatinya merungut. Serene geram! Mukanya serious. Fikirannya mula memikirkan traffic jam yang bakal dilaluinya untuk pulang ke rumah.

"Your next flight is to Kota Kinabalu. Kenderaan pick up datang jam 11pagi! Prepare for overnight stay!" begitulah panggilan ringkas dari penyelianya.
Gembira hati Serene! Dia belum pernah ke Kota Kinabalu, dan kini mendapat peluang travel percuma! Dia memastikan camera nya di masukkan ke dalam beg pakaian. Baju tidur, dan dua persalinan pakaian casual juga di masukkan di samping uniform.
Dia menaiki pesawat.Kali ini dia memastikan dia introduce kan diri kepada semua cabin crew lain2. "I am Serene, please to meet you!" Ada juga cabin crew yang bertanya jika dia berketurunan Serani, kata mereka perwatakan wajah nya umpama gadis Serani! Serene menjawap dengan seyuman, "Melayu!"
Apabila ada yang bertanya, "Awak Indon kah?" dia menjawap "Melayu!" tetapi dengan nada lebih keras dan tanpa senyuman.

"I am Abu, please to me you again!" penumpang berkaca mata hitam, senyuman menyeringai yang baru menaiki pesawat menegurnya. Serene tidak berpura-pura, dia tersenyum terkejut dan gembira! "Encik Abu! Nak ke mana?" tanya nya.
"Oh saya nak ke London!" Jawap Abu. Mereka berdua sama-sama ketawa. "Ke London tapi naik kapal terbang ke KK, macammana ni Encik Abu!" kata Serene. Dia sendiri tahu itu ayat kurang cerdik! Tapi itu saja idea yang datang. Dia menyambung, "Tak beruniform pulak hari ni?"
"Tanpa uniformboleh tak boleh naik pesawat Cik Serene kah?" Tanya Abu, menggenyit mata.
Suara nya yang lantang, bagai musiks di telinga Serene. Dia suka dengan senyuman dan suara Abu! Dia menjawap,"Jika ada tiket boleh lah naik!" Seyumannya meleret2. Tentunyapenumpang lain perasan, fikirnya.Tapi pedulikan!
"Oh saya ada dua tiket,satu untuk saya dan satu untuk Cik Serene!" bisik Abu, yang terus berlalu ke kerusi 20C. Serene memerhati dari belakang kabin. Tersenyum! Jika nasib nya baik,mungkin Abu juga di Hotel yang sama,fikirnya. Mengharap! Boleh lah jalan-jalan pusing KK berteman! "Isk,apalah aku merepet ni...entah2 dia datang ada urusan!" cepat-cepat dia mengingatkan dirinya sendiri.

Apabila pesawat sudah di awan biru, cruising, Serene terus memerhati kerusi 20C. Dia mengharakan juga Abu ke belakang kabin berbual2. Tiba-tiba Abu bangun dari tempat duduk, memusingkan diri ke belakang kabin, dan apabila matanya bertentang dengan mata Serene dia mengukir senyuman. Cair! Hati Serene, cair umpama cairnya Sajli di kucupi cahaya matahari!
Abu mengatur langkah ke belakang kabin. Serene memerhati, berdebar. Tapi kali ini debaran yang berlainan dari debaran ketika ketua pramugari bernama Idhammenuju ke arahnya dahulu. Kali ini, debaran gembira! Errr, adakah ini debaran cinta? Hatinya tertanya sendiri.

"Minta air, boleh!" tanya Abu.
Alahai,takromantik sungguh cik abang sorang ni! Fikir Serene. Adakah minta air! isk.
"Tentu boleh. Air saja ka?" dia menduga.
"Apa lagi yang ada?" Abu juga menduga.
"Tanya lah dulu,baru lah dapat tahu mana yang ada!" dia menjawap bijak.
"Masa? ada?" Abu berteka teki.
"Masa? Di mana?" Serene bagaikan mengharap.
"Di sana nanti!" Abu menjawap.
"Masa? untuk apa?" Serene tersenyum, sambil tunduk malu. Blushing!
"Jalan-jalan, cari monyet!" Abu, ketawa kecil.
Serene turut ketawa! Dia menganggguk. "Saya akan luangkan masa."
"Nanti saya calling." Bisik Abu, tersenyum. Manis! Serene tergoda.
"Dah tahu number saya?" tanya Serene, hairan.
"Lagi kan flight schedule Cik Serene saya dapat tahu, inikan pula number bilik!" Abu menggenyit mata, berlalu ke kerusi 20C.

Serene terapung-apung! Jika lah dia tidak sesungguhnya di awan biru, ingin saja dia berkata dia terapung-apung bagaikan di awan biru! Dia masuk ke bilik air - memerhati wajahnya sendiri. "Eh, Serene, kamu ni dah jatuh cinta ka?" dia bertanya kepada wajah di cermin.
Wajah di cermin mengangguk.
"Hah! bahaya! belum kenal !!" hatinya berkata.
Dia keluar dan berjalan melintasi penumpang2 yang kebanyakannya tertidur. Sewaktu melintasi barisan 20C, dia memperlahankan langkah.
Abu mengangkat muka dari buku yang sedang dibaca. Serene berhenti dan berbisik, "Tajam side baju! Strika sendiri ka!" dia bergurau. Sememangnya, side baju Abu bagaikan berkanji. Tajam, umpama boleh terluka jika di sentuh.
"Masih sterika sendiri!" kata Abu, berseri wajahnya menjawap!
"Baguslah...rajin!" bisik Serene, dan berlalu.
Abu tersenyum terus di tempat duduknya. Sejak padang pertama, dia telah jatuh hati kepada pramugari bernama Serene. Sejak kekasih lama nya berpaling tadah lima tahun lalu,hatinya tertutup terhadap semua perempuan. Hinggalah, pertemuan kes budu tempuh hari! Sejak itu, Abu makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah, teringat2kan gadis tinggi lampai, putih melepak bernama Serene. Tadi di telah mengajak berjalan-jalan di KK,mencari monyet! Abu tertawa sendiri sendiri mengimbas perbualan mereka sebentar tadi.

--

"Begitulah Pp kisahnya!" Hajah Serene menutup cerita. Isteri ku menghampiri kami membawa kopi dan goreng pisang.
"Wah,rancak you all berbual! Ada cerita baru ka?"tegur isteri ku.
"Hahaha, bukan cerita baru LiL. Cerita lama tapi si Pp ni pandai pula mengorek!" ketawa Serene.
Ketika itu juga Haji Abu masuk ke ruang tamu dari laman rumah. "Best sungguh curut yang Pp bawa dari Jeddah tu!" Katanya, setelah mengambil masa menghisap curut yang aku hadiahkan.

Kami memakan goreng pisang, aku dan Abu mendengar pula celoteh Serene dan isteriku mengenai acara masak memasak mereka!

Sesekali,aku tersenyum sendiri apabila terpandang 'side' baju Haji Abu yang tajam, berkanji.
"Sampai laa ni pun haji masih pakai baju sterika berkanji naa!" aku berkata.
Tersentak Hajah Serene, terus cuba cover line!
"Pp nie, isk...jangan lah cakap kat dia...cerita tadi tu rahsia!"
"Hahaha...you all mengumpat tadi ka? patutlah hampir tersedak asap curut tadi!" Haji Abu pula tertawa. Suara nya lantang! Patutlah Hajah Serene tergoda dengan senyuman dan suara ini, fikirku!