Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE
Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

"Pongoh!"


Cili, jika di makan mesti lah terasa pedaasnya~!
Baik lah makan tomato dan nenas tu jika tak tahan pedas~!

'Pongoh' is Kelantan speak for  'Panas Baran' or 'Hot tempered'.

Orang Kelantan dulu2 ramai yang 'Pongoh'. Di sertai pula dengan sikap  'Gedebe', or 'Berani, Come what may', lalu timbullah satu reputation orang Kelantan sebagai 'Pongoh dan Suka bergaduh!'

Wednesday, August 13, 2008

120808 & 130808 - Lahirnya aku di sini!

Updated with gambar2 dari sessi ceramah "Sireh Pulang ke gagang" dengan pelajar darjah 4, 5 dan 6 pagi tadi di sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong.

Gambar di ambil ketika menyampaikan sumbangan buku2 ke pusat sumber sekolah. Terimakasih juga kepada Pakzawi dan Awin dari Little Dewa blogspots di atas sumbangan buku2.
Di jamu dengan nasi dagang untuk saya dan anak2, amirul , haziq dan luqman yang turut serta ke sekolah. Ada juga dibekalkan untuk LiL di rumah. Alhamdullillah.....begitulah kemesraan guru2 di sekolah. Terimakasih banyak2 cikgu2.....!!!


Lahirnya aku di sini!

lahirnya aku di sini
memulakan kehidupan di lurah berdebu
memori perjalanan yang sering ku rindu
lambaian kasih menggamitku pulang
bagaikan burung pulang ke sarang
bagaikan sireh pulang ke gagang.

dan aku mengharapkan
kau anakku meneruskan perjalanan
di lurah ini, di sinilah permulaan!
Dan
tiba waktunya nanti
seperti ku, kau juga akan pergi
tinggallah kampung ini dalam kedamaian menanti
wahai anak......pulanglah
bila kau juga akan merindui
jejak kasih mu bermulanya di sini!


120808 - Kematian mengingatkan tujuan kehidupan!

Aku bangun untuk solat subuh apabila diberitahu tentang kematian sepupu saudaraku Ramli.
"Innallilah hiwa'inna illai HirajI'un.....alfatihah..............bismillah......." Hanya selepas aku selesai solat baru kesempatan bertanya apakah punca kematian.
"Sakit jantung, dengan tiba2 sesak nafas dan habis usia dalam kereta menuju ke hospital" Begitulah cerita abang Wel.
Terdiam aku mengimbas wajah arwah Ramli, segak dan sihat orangnya. Berusia sekitar enam puluh tahun dan rajin bercucuk tanam. Orangnya peramah.....dan mempunyai 12 orang anak-anak. Kematian, mengingatkan aku tentang betapa sementaranya kehidupan. Datangnya jemputan Allah tanpa kita duga atau ketahui masa. Yang muda ada yang pergi mendahului yang tua. Yang sihat ada yang pergi terdahulu dari yang sakit. Yang kaya pergi meninggalkan harta. Hanya amalan, sedekah jariah, dan anak2 yang soleh yang menjadi bekal kita ke 'sana'. Kematian, membuat aku berfikir tetang erti dan tujuan kehidupan.


Kampung inilah tempat kelahiran aku limapuluh satu tahun dahulu. Kampung inilah yang mengajar aku bahawa kasih dan sayang dapat mengatasi kemiskinan. Di kampung ini, pernah seorang pakcik menghentikan basikalnya lalu bertanya apakah yang menjadi impian ku jika aku ada duit. Jawap aku, "saya juga ingin membeli ice cream seperti anak jiran ku!". Dan, seminggu kemudian pakcik yang bertanya berkunjung ke rumahku membawa ice cream. Aku begitu gembira.....seperti gembiranya kanak2 berusia tujuh tahun apabila mendapat ice cream. Kemiskinan mengajar aku untuk menilai budi dan kebaikan orang namun kemiskinan juga mengajar aku untuk tidak mengharap atau meminta. Sebaliknya, kemiskinan menguatkan azam aku untuk belajar bersungguh2 demi mencapai kejayaan untuk mengubah nasib keluargaku. Bila berjauhan, aku rindukan kampung ini. Bila pulang, aku mencari kampungku yang semakin hilang - seorang demi seorang orang2 tua yang aku kenali sejak zaman kanak2 telah pulang ke Rahmatullah. Kampung tanpa denyut nadi penghuni penghuninya semakin sunyi dan sepi. Anak2 muda dari generasi baru aku tidak kenali dan mereka juga tidak mengenali aku . Warisan adat resam kehidupan seperti dulu2 semakin hanyut bersama air sungai Kelantan yang semakin berlumpur. Senyuman mereka malu2 dan hambar. Salam kita di sambut sebelah tangan umpama 'hand-shake' kebaratan bukan lagi bertemu dua belah tangan menyambut salam sambil bertanya khabar berita dengan kemesraan jauh dari sudut rasa.
Dan kepulangan aku kali ini bersama hari pemergiaan arwah saudaraku Ramli......semoga Allah tempatkan beliau bersama para Solihin...!
.
130808 - Ke sekolah!
Bukan sahaja lahirnya aku di sini. Aku juga mula bersekolah di sini, di Sek Kebangsaan Pangkal Kalong. Dari darjah satu hingga darjah enam aku berulang dengan berjalan kaki meniti batas dan lorong berdebu untuk ke sekolah. Di waktu itu, boleh dikatakan lima puluh peratus murid2 ke sekolah berkaki ayam, ini termasuklah aku. Masih segar di memori ku peristiwa guru meminjamkan aku sepasang kasut kepunyaan salah seorang kawan ku untuk sessi fotografi majalah sekolah, dan bila aku pulang aku menceritakan kepada ibu. Tergenang air mata di kelopak mata ibu....besunya ibu membawa aku ke kedai untuk membeli kasut. Kemudiaannya, aku mendapat tahu - ibu berhutang demi membelikan aku sepasang kasut itu. Demikian kasih ibu.....dan aku, ingin saja rasanya memulangkan kasut itu. Namun melihat ibu tersenyum puas, aku simpan kasut itu untuk kegunaan hari2 perayaan. Sepasang kasut mencetuskan azam - "satu hari nanti, aku akan membeli kasut terbaik untuk ibuku!"
.
Guru2 waktu itu bagaikan ada satu semangat kebangsaan untuk memajukan anak2 Melayu. Bila aku imbas kembali, aku masih ingat bagaimana ada di antara2 guru2 aku yang bertandang ke rumah untuk bertemu ibu bapa murid2 untuk berbincang tentang perestasi anak2 mereka di sekolah. Rasanya, sekarang guru2 mengambil pendekatan berlainan. "Jika ibu bapa tidak ke sekolah, itu masaalah mereka!" mungkin begitu paradigma sekarang. Namun gaya kehidupan orang kampung berbedza.....hidup mereka kais pagi makan pagi. Rata2 pendidikan ibu bapa di kampung juga tidak setinggi pendidikan guru2. Justuru cabaran guru2 di luar bandar merangkap sebagai pendidik kepada ibu bapa juga. Besar cabaran itu......dan sesiapa juga yang terlibat dalam rangkaian pautan kasih sekolah tersebut harus bekerja sama. Ini termasuklah para alumni sekolah, para ibu bapa yang berpendidikan tinggi, dan ahli masyarakat yang memegang jawatan.
.
Justeru terkenangkan jasa guru2 dan jasa sekolah, terpanggil aku untuk berkunjung kesekolah itu menjejaki lorong2 memori......ah begitu nostalgia, hampir menitis air mataku melihat bilik darjah yang pernah aku hadiri dulu dalam keadaan memerlukan perhatian dari pihak2 berkenaan. Aku bernasib baik dapat bertemu Tuan Guru Besar sekolah, dan beberapa guru kanan lain. Terasa bagaikan tetamu istimewa pula.....walhal, tujuan aku ke sana kerana ingin memperhambakan diri dan memberi penghormatan kepada sekolah dan para guru.


Sambil berbual di pejabat Tuan Guru Besar, aku di tanya samaada sudi untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar darjah empat, lima dan enam besuknya ( 14 Ogos ). Tanpa berfikir terus saja aku bersetuju......
Bila aku pulang ke rumah, barulah isteri bertanya - "Apa abang nak cerita besuk? Boleh ka?" Dan bila memikirkan, rasa seperti tidak bersedia pula untuk memberi ceramah begitu....namun demi kerana kasihkan anak2 yang aku lihat umpama diri aku sendiri empat puluh tahun dahulu, InsyAAllah.....bolehlah setakat yang termampu.

Thursday, June 19, 2008

Nasi Air...Lopat Tikae!





Ayu Jelita puteri-puteri
di samping teruna tampan bersopan
Majlis makan-makan di rumah Puan Neme
Terus erat anak Kelantan di Perantauan!

Ketibaan - di sambut dengan hidangan makanan - cukup istimewa!



Tetamu menjamu selera!

The story about the first get together for Kelantanese in Dubai was told HERE. It was during that first do that we agreed to have another one, and for the second get together Puan N and her ever so popular husband Z invited us to their residence. That was tonight!

Puan N & sdr Z - are hosts with big hearts!


There was plenty of food. On the main table were Nasi Air, Daging bakar, Ikan Masin goreng, Colek Pelempong, Nasi kuning and roast chicken. Then on the desert table were Lompat Tikae, Tepong Bukus, A cake, generous serving of grapes, Onde-onde ( di bawa oleh Syela ) and kueh peria ( K Lil's contribution ). To wash the food down - she offered air sirap bandung and teh tarik! Five Star by any measure!!

Gu Kelate - Mesra, walau di mana, dan walaupun baru berjumpa!


There were exciting moments when we exchanged presents. Guests were told to bring a present of minimum AED50 in price - but when given as gift, will be invaluable.

There were hilarious moments when couples were asked to pose for the camera - giving their most romantics post.


Gambar di bawah ni dari album! hehehe. Malam tadi tak sempat nak posing romantics sebab terlebih makan kueh Lompat Tikae! There were embarassing moments when a few of us tried to get 'Dikir Barat' going - but our vocals somehow did not sound as good, perhaps without the budu! Tock Jogho cari you-tube Dikir!

There were definitely lots of conversation, laughter, and smiles all around - Thank you to our hosts Puan Neme and family, and thank you to everyone!

To Puan Neme,
Bersama famili.

Pagi ini,
kami bangun dari mimpi
Indah pertemuan, majlis berseri
Makan itu dan makan ini
bergambar duduk dan berdiri
ah indahnya malam tadi!

Bagaikan bunga, semerbak mewangi
Kuntum berkembang warna warna pelangi
Kau lah bunga di taman kami
kau lah ratu tersemat di hati
terima kasih Puan Neme!

Kami bagaikan rama-rama
disambut dengan lambaian mesra
Keindahan yang kami rasa
Semoga Allah membalasnya jua!

Sekali lagi kami menyusun jari
mengutus doa untuk Puan Neme dan famili
Semoga bertambah rezki
Boleh kami menumpang lagi!

Tenkiu......we love you!

Pakpayne.


Thursday, May 1, 2008

BEKWOH di Dubai!

latest: pls read about the actual bekwoh with pictures HERE.
"Ado seko anok tupa....atah jula moktae! Kudong eko perot lapa....jalae cari makae!"

Mendayu-dayu irama dikir barat dari ruang tamu aku. Nostalgia ke kampung halaman tahap maksima. Lebih2 lagi besuk, aku akan bertemu begitu ramai saing2 dari Kelantan. *saing = kawan*.
Besuk ada bekwoh gu kelate di Dubai!!!

Invitation = checked! To-date 45 people have confirmed coming.
Menu = checked! So far we have nasi dagae, gulai kawah, kuzi kambing, sup tulang, bingka ubi kayu, lompat tikam, laksam.
Shopping list = checked! Pembeli juga telah di kenal pasti!
Jong Kako = checked! *jong kako = tukang masak lelaki*
Peta ke tempat bekwoh = done and distributed. *Bekwoh = kenduri. The word is a kelantan dialect word which may have originated from the words Big Work!*

Tomorrow, kami anak2 Kelate di Dubai akan bekwoh gulai kawoh! *kawoh = kawah atau kuali besar*
Pagi2 esok jong kako akan start buat tuku untuk memasak gulai dengan kayu api. Kami dah sepakat, jong kako akan pakai semuta (lihat gambar) *semuta = lilit kepala selalunya dengan kain batik lepas. Very practical untuk menahan dari peluh mengalir turun dan kain semuta boleh di guna kan untuk pelbagai tujuan, contohnya - buat basahan bila mahu mandi, mengelap peluh di badan, sembunyikan kapak kecil di semuta!*.
Bekwoh as a tradition is slowly dissapearing. In its true form, bekwoh is always done as a 'gotong royong' activity, and is a majlis untuk meraya'i atau bersyukur. Selalunya bila ada jemputan ke 'bekwoh' kita akan tanya, "siapa nak kawin?" atau, "Bekwoh gappo?" *kenduri untuk apa?* Begitulah lazimnya. Namun, sekarang ni sudah semakin cenderung kepada catering services lah jika ada kenduri kendara. Maklumlah, semua dah sibuk. Sebab itulah, untuk kami gu kelate - besuk adalah satu pertemuan yang sungguh nostalgic!


Bekwoh dan gulai kawoh sudah menjadi sinonim. Selalunya, tukang masak ialah orang lelaki - Jong Kako dan orang perempuan di dapur sebagai Jong Dapo untuk mengidae *Mengidae = serving the food dengan memasukkan ke dalam pinggan dan mangkuk sebelum di angkat ke ruang makan*


Jika ada lagi orang kelate di Dubai yang baru saja mengetahui mengenai bekwoh ni setelah membaca blog ini, sila telepon saya - 050 4570447. Dan jemputlah ke rumah esok deh! *deh= di gunakan untuk mencari persetujuan*

More about this bekwoh with pictures after tomorrow!

Tuesday, February 19, 2008

There is only one Kelantan: a re-run!


The entry below was first posted on 7th August last year. For some reasons, lately I think about Kelantan quite a bit. Perhaps it was listening to beloved TG Nik Aziz's voice saying in jest about 'sending PAS some fund for buying biscuits and tea' - as written here. It could also be due to a glimpse I caught of the ADUN for my little kampung, YB Dato' Anuar Musa walking behind Dato Najib to a stage in KB on bulletin Utama. Dato' Anuar is someone I knew from school days. A nice man......

Whatever the cause, I miss my beloved kampung and state of Kelantan.

I read about the campaign launched by Khairy - Kempen "Kelik Ngundi". As a proud Kelantanese, I felt a tinge offended that such campaign was not led by a political leader from Kelantan. It would have been 'more gedebe' if say Dato Anuar himself making such a call in pure Kelate speak, instead of an 'outsider'. We Kelantanese still and will always consider people from other states as 'outsiders'. We may soften our stand and accept the person to masuk gu ( join our group ), if the outsider showed some humility and modesty - and make symbolic gestures to be like us, such as paka kain sarong dengae semuta!( such as adorning sarong and a head-bandage ) Or makae budu cicoh ikae tawa! (Or eat grilled fish with Budu ).

In truth, we don't like to outsiders who try to be 'gedebe' with us.
Being emotional aside, which may even appear a wee bit trivial compared to the subject under discussion, my message to my adik2 dan anak2 di Kuala Lumpur sana is - "Kelik lah - tiket free tuh! Pah tu pakoh la gappo pung!" ("Go back lah - it is free ticket! When the time comes you can vote as you please")

This nostalgic re-run could also be due to the writing here - bertajuk "Kelantan: Demi sebuah cinta".
In any case, there is only one Kelantan and I hope we are able to remain proud of who we are.
Lemah lembut berbudi sopan
Senyumannya manis mek Kelantan
Usah di sebut janji kemewahan
Hidanganku manis nikmat Tuhan.

---there is only one Kelantan - below is the original posting --


Tuesday, 7 August 2007

Tanam jagung di atas batas
Selasih ku cari...padi ku galas
Balik kampung hatiku puas
Kasih kau beri...budi tak terbalas

"Abe....abe cari gappo? Keropok ko? Sambal daging ko?"The voice soft...and melodic. The smile enticing. Her charm nearly made me purchased what I did not really need. And her smile broke into a little laughter when I replied...."Abe dok cari keropok....abe cari kakok ilae nie...".I was in Pasar Khadijah in Kota Baru Kelantan. There is only one such scene, one such charm, and one such enterprising group of women in this wide world. Found LiL later on amongst the stalls selling clothes....below!
That was during a brief stop over from the Pengakalan Cepa airport to our kampung.
A real joy awaited us when we arrived to the welcome of my sisters, and nieces and nephews. Aunties and uncles came the next day......for the Kenduri Tahlil. I felt the warmth of kampung style love and caring.....a tradition of old which thankfully, has not faded. Their conversation was genuine, their interest deep, and their care was not for your wealth but for your health. I drifted into my comfort zones......with my kain pelikat, walked along the batas of the padi fields......went deep into the rubber plantation....enjoying the fresh air and captivated with rustic village beauty.
A bunch of banana.....
Above is Duku...and below is rambutan....
From preparing the goat's meat above to the gulai kawah below.....Only in Kelantan do I feel this way...."Adequate with little, Blissful with nothingness, and love so real!"
posted by idham @ Tuesday, August 07, 2007

21 Comments:

At Tuesday, August 07, 2007 6:41:00 PM , SHERRY said...
amazing scenary lovelllyyyyyyyy photography :)

At Tuesday, August 07, 2007 8:24:00 PM , loveujordan said...
seronoknya kembali ke kampong yang dirindui...such a bless !!

At Tuesday, August 07, 2007 9:22:00 PM , Cat Cat said...
What a great country we have... Great pictures En. Idham.Rambutan tu mintak cikit, boleh? ;D

At Wednesday, August 08, 2007 6:03:00 AM , ondeonde said...
our kenduri nikah kawen was done in such a way - gulai kawah! all prepared by gotong royong - tebang pokok kelapa to get the umbut muda, my mom prepared solok lada, kerisek jantung pisang, labu sira...the daging is fresh..aiyooo abe id, ni braso nok balik niiii!

At Wednesday, August 08, 2007 6:09:00 AM , IBU said...
salam...wahhhh....best nyer!!!! the greens, the fruits, the shopping and the company most of all. i'm on extended medical leave ( dah masuk 2nd week) - not sure if I can make it to the 3 serangkai dinner. Frens dok pujuk2. Maybe I should, they have to drive me there. I'll call you re the drinks ok? insyaAllah. Ibu

At Wednesday, August 08, 2007 6:35:00 AM , noha chomel said...
best eh?? ;P, tinggal sini terus la..

At Wednesday, August 08, 2007 6:49:00 AM , dlt said...
uwaaa.... rendunyo kelate.... lamo doh tok lik. last bule 4 hari tu. 4 bule doh. napok gayonyo rayo ni baru lik lagi kelate. abe id, kiring sale ko mama n ayoh sayo, deh. huhu! homesick ni lagu ni.

At Wednesday, August 08, 2007 8:03:00 AM , Mama Rock said...
there's no place like home kan...welcome back!

At Wednesday, August 08, 2007 4:15:00 PM , ruby ahmad said...
Hi Arif,Thought I'd come and visit you here to wish you good luck for the upcoming 11th Aug do at the orphanage. I wish to apologise tak dapat join you and gang that day.Btw, I love your sister's house setting. So tranquil and serene. Wow tu dia pokok duku ya. Malu nak mengaku I tak pernah tengok pokok duku for real. Anyway glad you had a good time balik kampung.Ok, again I wish you and gang a good time this Sat. My thanks to Lil and you for susah payah bawa pesan I. So kind and sweet the both of you. Cheers.

At Wednesday, August 08, 2007 4:19:00 PM , anggerik merah said...
Wow...you make me feel to go back to my kampung now..

At Wednesday, August 08, 2007 5:38:00 PM , idham said...
Sherry....you and your hubby are of course invited to visit....and i will be your personal host and guide..missing friends in dubai and Jeddah dearly...:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:38:00 PM , idham said...
loveujordan..rina...:) dengar2 rina juga akan pulang tak lama lagi kan....hope all is well with u...:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:39:00 PM , idham said...
cat cat....:) yess yess.....tanah tumpah kita tak akan ada yang serupa...rambutan and durian sekebun menunggu cath cath when u r back...:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:42:00 PM , idham said...
onde onde.....kan kan kan....best kan ...cara gotong royong macam tu...and guess what, time macam tu lah pakcik2 dan makcik2 risik merisk pasal anak2 teruna dan dara....and lepas tu buat pulak match making....hehehehewow...your wedding so grand tu....kerisik jantung pisae tu best tu...:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:44:00 PM , idham said...
ibu.....pls get well soon...and kalau masih di hospital or belum sihat, pls dont you worry abt the aug 11th event tu...your thoughts count millions already....we want to see you in full recovery....my number if you wish to call is 016-6736723.i would hv called u if i hv yor number.....but i don't.idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:45:00 PM , idham said...
noha....:) dtg ye nanti....aug 11th....bawak suami sekali ye....:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:46:00 PM , idham said...
dlt....lamo tu ppat bulae doh tu....keno balik tu rayo nih...hehehe....abe id pun balik tigo malae jah...:)idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:48:00 PM , idham said...
mamarock...tq! :)i really wish i can meet u...dah dua kali tau i went to KLCC....but i dont hv ur number la....pls give me a buzz....my son is also working in the petronas tower...:)pls join us on aug 11th if u can... idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:54:00 PM , idham said...
hai Ruby...*smiling*thank you for making time to meet up with me the other day.....it is always a joy to sembang2 dengan u...the 2 over hours spent over cammomile tea accompanied by carrot cake and filled with lots of sharing ....the time ticked past so fast!!love ur new hair do, serious....!and best wishes with what you are organizing...i am sure it will be another one of your sterling performance.:)enjoyed it!idham

At Wednesday, August 08, 2007 5:55:00 PM , idham said...
anggerik....we must meet soon....:)jangan la bz sokmo...hehehewe r so dekat jer tau...idham

At Monday, August 20, 2007 10:14:00 PM , drNO said...
bila tgk ur name kan ada tulis 'bakpo', my hubby dah kata u ni mesti org kg dia...rupa2nya mmg la betul...anyway, we're going back to klate this thursday....jom ah