This entry was first posted 31st May 2006. I am reproducing
- as it is timely appropriate.
Here I want to say "I am sorry"
..
Ada waktunya nadi berdenyut mengikut
nafsu membuak rasa rentak songsang
suara sumbang
irama nyanyian tidak di tepuk gemuruh namun
nyaring salakan itu kau kagum terpaku
maka aku terpinggir di tepi belantara fitnah nusta
semakin buas dan ganas
percikan prasangka melewati batas susila
namun biarlah aku yang memohon maaf
sebelum kau lebih rimas
dan aku terbenam lemas
kehidupan ini hanyalah pinjaman sementara bernafas
usahlah di panjangkan melawan arus berhempas pulas
lalu dengan penuh keinsafan aku memohon maaf
insaf yang aku ini hanyalah pipit
meniti ranting sebelum tersepit
dan kau merak kayangan
melayari mercu keagungan
di damba satu belantara
maafkan aku,
walaupun kau bukan kekasih yang terpedaya
maafkan aku,
walaupun kau bukan saudara yang aku lupa
maafkan aku,
kerana aku tersalah kata-kata
maafkan aku, kerana landasan kita berbedza.

Sungguh berbedza.
Usah terlalu yakin dengan keindahan di cermin peribadi
Yang berseri mungkin mainan riak hati
kegelapan malam mungkin bukan kerana gerhana bulan
fikirkan satu kemungkinan
wajahmu di selubungi sekeping hati menyimpan dendam!
Namun, biarlah aku yang memohon maaf...
and I will say it again in a language you know best
"I am so sorry....I tried to be your friend, but I failed the test".
..
idham, may31st2006, jeddah.
.....................................................
hanyalah nukilan rasa dari hati seni seorang insan terpinggir
tiada kena mengena dengan watak2 dalam cerekarama pentas dunia
aku perantau mencari jalan lurus dan rata di celah2 batu kelikir
tidak berupaya aku mengikut rentak tarian dan lakunan sebuah sendiwara.
biarkan aku berlalu
sebagai insan yang buta , tuli dan bisu!.